Harga Ron95, Ron97 dan Diesel Naik 1 April 2016

TEPAT JANGKAAN SEMUA ORANG ! PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL NAIK MULAI 1 APRIL 2016



Ron95 dan Ron97 turun harga pada Februari 2016 
.
Dan
.
Ron95 dan Ron97 turun harga pada Mac 2016

Bagaimana dengan harga Ron95 dan Ron97 pada April 2016? Berdebar,kan?
Tapi....Mummy dah agak...harga runcit petrol RON95 dan RON97 akan naik pada 1 April 2016. Kecoh di group WA dari petang tadi. Semua memberitahu bahawa petrol dan diesel akan naik harga.

TEPAT JANGKAAN SEMUA. Memang naik pun. Dari berita yang mummy tonton sebentar tadi dan juga kenyataan akhbar online malaysiakini.

Harga baru Petrol dan Diesel :-
RON95 - RM1.70 seliter.
RON97 - RM2.05 seliter.
Diesel - RM1.55 seliter.

PICASO GARDEN | KEDAI ONLINE BAJU KANAK-KANAK YANG MURAH DAN CANTIK

Baru-baru ini, bawa anak-anak ke shopping mall. Sementara nak pilih pakaian untuk anak-anak dari satu tempat ke satu tempat. Anak-anak, entah ke mana. Sorang dah berlari ke sana sini. Sorang lagi, lari main sembunyi-sembunyi ! Tak tenang mummy dan daddy nak shopping. Sudahnya, tak beli apa pun pun pakaian untuk anak-anak ! Beli aiskrim je untuk dorang..senang! Terus masing-masing duduk diam makan aiskrim. Sebab itu lah, kalau korang perasan kebelakangan ini mummy kerap shopping online. Bagi mummy , ianya jadi lebih mudah dan relaks. Hanya klik, cuci mata, pilih, dan bayar online. 2 hari lepas tu, terus sampai barang di depan pintu rumah ! Mudah sangat !

Kriteria Kedai Online Pakaian Kanak-kanak Pilihan Mummy


  • Website yang mudah di buka friendly
  • Mudah mencari pakaian
  • Harga murah
  • Design yang lawa dan ceria

ONLINE SHOPPING BAJU ANAK DI PICASO GARDEN | MURAH DAN CANTIK



SHOPPING ONLINE BAJU ANAK DI PICASO GARDEN | MURAH DAN CANTIK

Kedai online pakaian kanak-kanak pilihan mummy ialah Picaso Garden. Kerana koleksinya yang ceria dan unik!

SHOPPING ONLINE BAJU ANAK DI PICASO GARDEN | MURAH DAN CANTIK
 
Ada diaper pants, legging, t-shirt lengan panjang dan juga t-shirt lengan pendek.





SHOPPING ONLINE BAJU ANAK DI PICASO GARDEN | MURAH DAN CANTIK



Ini antara wishlists mummy untuk anak-anak. Nampak ceria sangat,kan? Mummy suka warna ceria. Tak mahu mood suram-suram sangat. Lagipun, warna ceria ni, nampak lawa bila bergambar.

Harga di Picasa Garde sangat MURAH !! Serendah RM15 sahaja. Betul..tak tipu !!

Nak tengok koleksi yang cantik-cantik lagi, jangan lupa tengok di :-
 



10K Instagram Followers Azlinda Alin

KUMPUL 10K INSTAGRAM azlinda.alin DALAM MASA SETAHUN


Masa (9) sembilan ribu  followers instagram mummy aritu, dok terfikir-fikir juga. Dapat ke aku ni ada (10) sepuluh ribu followers instagram ini? Kejap ada yang follow..kejap unfollow. 

 

Erm, 2-3 hari kemudian. Buka instagram. Waaaah !! 10K followers?  Allahuakbar. Macam tak percaya je.

Ada pulak tanya apa rahsia mummy. Tak ada rahsia apa pun. Apa yang mummy perasan. Kalau kita rajin like ig orang lain, orang lain pun akan like kita. Bila orang follow tu pulak, kita kena lah follow balik. Lain lah artis kan..kita follow dia. Dia tak follow kita. 

Mummy yang bukan artis ni, tak leh buat gitu.

Lagi satu, mummy memang kerap posting di ig. Tepek la gambar apa pun. 

# hastag pun, mummy tak pernah tinggal. Kalau mainan murah letak #mainanmurah , #gelongsormurah . Jadi, parents yang sedang cari melalui # tu akan dapat info. Mummy pun gitu, kalau cari info dalam ig. Mummy taipkan # , contohnya bila nak cari info design kek hari jadi hello kitty. Mummy taipkan #kekhellokitty #hellokittycake .

Mudah, kan !

Yang pastinya, bukan ig followers beli ye. Nak cepat naik, boleh je beli. Ramai yang jual sekarang.

Di sini, mummy juga ingin ambil kesempatan ucapkan terima kasih pad ayang sudi follow mummy di instagram. Yang tak follow lagi. Jom follow DI SINI
 

Pertama Kali Guna Voucher Lazada Beli 12Slot Watch Box With Glass Top

PENGALAMAN PERTAMA MEMBELI BARANGAN LAZADA DENGAN MENGGUNAKAN VOUCHER 12-SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP


Alhamdulillah rezeki lagi, dapat beberapa lagi voucher. Kali ini, dapat voucher LAZADA. Expired pada 31 Mac 2016, apa lagi...menggelupur weiii pilih barang!! Masa buat entri 10 Barang Impian Sempena Hari Jadi ke-4 LAZADA , kemahen mummy..macam-macam angan ada.. berangan nak beli itu la, ini lah. Bila turn nak beli betul-betul, mulalah tetiba blur...bertambah blur lagi bila voucher tu dah nak expired

Susah juga beli guna voucher ini sebenarnya. Banyak kali, mummy masukkan kod voucher tu. Pastu jadi error, katanya voucher tu tak boleh pakai.

Voucher LAZADA Tak Boleh Pakai ?


Rupanya, jika barang kita beli tu dah tertulis FREE DELIVERY. Voucher jadi invalid. Nak kene bayar sendiri SHIPPING FEE. Kiranya, mummy kene keluarkan duit juga lah :( 

Yang keduanya, jika beli 3 barang. Semua barangan itu ada diskaun pun, tak boleh guna voucher tu. Tapi, kalau salah 1 dari barangan tu ada diskaun tak mengapa.

 12 SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP

Bila pilih barangan berlainan dan seller berlainan. Banyak pula kene cas SHIPPING FEE.

Sudahnya, voucher RM50 kita beli je la barang yang harganya ngam-ngam. Tak pun, beli harga yang kurang dari nilai voucher. Di akhirnya, tambah bayar sedikit untuk SHIPPING FEE

Nasib baik SHIPPING FEE RM1.70 je, mummy tak ralat lah sangat kalau gitu. 

Eh..korang ada pengalaman beli barangan LAZADA guna voucher tak? Pengalaman korang, sama macam mummy atau lain, ye?

Barang apa pilihan mummy di LAZADA? 

Mummy beli tempat letak jam je 12 SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP. Serabut sangat tengok simpan jam dengan kotak satu per satu.

 

Jadi, mummy merancang nak satukan tempat letak jam tangan. Beli kotak jam yang boleh muatkan 12 jam tangan terus untuk mummy dan daddy.  Cukup lah untuk koleksi kami.  

Mummy pun tak banyak koleksi jam tangan. Ada 4 koleksi jam tangan. Lagi 2, ntah mana simpan. Tapi, semuanya tak ada bateri. hahahaha. Lama tak pakai jam. Bateri pun merajuk !

 

Daddy pun ada 4 jam tangan juga. Lagi satu tu, tak jumpa dia simpan mana. Kemudian nanti baru susun.

Voucher LAZADA seterusnya yang hampir expired...mummy plan nak pilih barangan untuk anak dan diri sendiri juga. Barang apa??? Tunggu ye.......
 

   


OST ADA APA DENGAN CINTA 2 AADC2 | Ratusan Purnama Melly Goeslaw dan Marthino Lio


Ada apa dengan cinta kembali lagi setelah 14 tahun. Tayangan serentak di pawagam pada 28 April 2016. Tak sabar pula mummy. Teringat AADC yang pertama dulu. Waktu zaman belajar di UiTM Shah Alam. 

Lagu-lagu AADC pun berhantu juga. Siap beli kaset lagi masa tu. Asyik ulang-ulang dengar je dalam kereta !

OST ADA APA DENGAN CINTA 2 AADC2 | Ratusan Purnama Melly Goeslaw dan Marthino Lio

ADA APA DENGAN CINTA 2 (AADC2) juga mempunyai lagu yang best dari Melly Goeslow. Melly adalah antara penyanyi yang mummy sangat minati .

OST ADA APA DENGAN CINTA 2 AADC2 | Ratusan Purnama Melly Goeslaw dan Marthino Lio





LIRIK LAGU RATUSAN PURNAMA

Ratusan purnama berlalu
Tapi cinta tak pernah berlalu 
Walau kau usir aku di hidupmu 
Tapi cintaku tetap diam

Ratusan purnama berlalu 
Sendirian aku tanpa cinta 
Tak pernah ada cinta yang lain
Hatiku terbuka hanya untukmu

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih
 
Berderik-derik bunyi jantung
Kubila ku kenang wajahmu 
Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu
  
Duhai cinta sulit ku meraba 
Diam dan dinginmu ribuan hari ku mengingatmu 
Membaca semua puisimu 
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali

Ratusan purnama cinta kita kembali

KES VIRAL PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.


Demam kes viral pengawal keselamatan tak jadi berkahwin gara-gara wang hantaran tak cukup. Disini, mummy bukan nak jadi pengadil kes mereka. Kita pun tak tahu punca dan perkara sebenar. Tak berani nak tuduh siapa salah dan siapa yang benar.

Mungkin dua-dua salah. Atau salah sorang yang bersalah. Atau pun, tidak ada sesiapa pun bersalah. Wallahualam. 

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.

Mungkin bukan jodoh mereka. Sedangkan yang 20 tahun berkahwin pun boleh bercerai. Apatah lagi yang sedang bercinta. 

Apa pun, aturan yang di tetapkan oleh NYA tu dah cukup indah. Ada hikmah setiap apa yang terjadi.

Dengar-dengarnya, apabila kes ini menjadi viral. Pihak bakal pengantin tersebut sudah pun buat rlaporan polis. Tindakan yang bagus juga tu. Bawa ke bahagian yang arif untuk pengadilan, biar yang arif dan pakar menyelesaikan masalah sebegini.

Mummy ikuti juga berita kes ini, bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi, mohon semua doakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Moga jumpa jodoh yang sesuai hendakNYA.

Petikan dari berita beberapa hari yang lalu :-

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.

Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup

Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid.


Tudung Trendy Hiphoody dari Van Lela Selesa Dan Tak Panas

PERTAMA KALI PAKAI TUDUNG HIPHOODY YANG VERSTYLE TRENDY DARI VAN LELA. TUDUNG YANG SANGAT SELESA DAN TAK PANAS


Salam semua.. Selamat Pagi.



Pakai tudung warna apa hari ini? hehehe motif tanya warna tudung pepagi cenggini kan! Mummy dah kemaruk sebenarnya. Kemaruk pakai tudung baru hiphoody katanya. Tudung sangat trendy yang tak jarang dan juga tidak singkat. Boleh tutup perut buncit sekali tau!



PERTAMA KALI PAKAI TUDUNG HIPHOODY YANG VERSTYLE TRENDY DARI VAN LELA. TUDUNG YANG SANGAT SELESA DAN TAK PANAS

Tetiap minggu dok sarung tudung ini. Dah macam tak ada tudung lain nak pakai. Tudung fabrik sejuk. Sedap pakai di musim panas ini. Best sangat !



PERTAMA KALI PAKAI TUDUNG HIPHOODY YANG VERSTYLE TRENDY DARI VAN LELA. TUDUNG YANG SANGAT SELESA DAN TAK PANAS

Bila dukung anak, anak tarik sana sini...sekejap je mummy boleh betul kan. Sebab, tak perlu pin sana sini pun. Pakai, tarik belakang tu ke depan dan dan letak je. Siap !

PERTAMA KALI PAKAI TUDUNG HIPHOODY YANG VERSTYLE TRENDY DARI VAN LELA. TUDUNG YANG SANGAT SELESA DAN TAK PANAS


Tudung warna royal blue ini, memang mummy tak pernah ada lagi. Memang mencari warna ini. Nak matching dengan jeans pun cantik !

Ada banyak warna pilihan lain tudung dari Van Lela :-

PERTAMA KALI PAKAI TUDUNG HIPHOODY YANG VERSTYLE TRENDY DARI VAN LELA. TUDUNG YANG SANGAT SELESA DAN TAK PANAS


Kat mana nak dapatkan tudung Van Lela hiphoody yang trendy ini? Cepat cari butik Van Lela atau terjah online butik mereka :-

Vendor:
VENDVILLE
42, 46, 48, Jalan Pju 5/20D, The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
IG : @vendville


VENDOROUTE
GF Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
IG : @vendoroute


SAPPHIRE PREMIER VENDOR BOUTIQUE.
Kompleks Mutiara Pernama, Jalan Hospital, Ipoh, Perak, Malaysia.
IG : @sapphire.premier
FB : Van Lela Online Store


IG : @vanlela_malaysia

 
Whatsapp : 0102692628

Sedap Ke Aiskrim Jipangi di AEON Cheras Selatan?

SEKELUARGA PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN


Dah lama sebenarnya dok tengok semua orang makan aiskrim Jipangi ini. Tertanya-tanya dalam diri. Sedap ke? Manis ke? Berkrim ke aiskrim ini? 

PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

Mummy tak adalah sampai teringin sangat-sangat dan ngencesss air liur nak makan aiskrim ini. Tapi, bila kedai ini depan mata. Tetiba, datang keinginan nak beli buat rasa.  

PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

Beli juga lah satu aiskrim Jipangi ini. Perisa coklat. Sebab coklat paling murah. Harga termasuk tax RM7.

PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

Bila makan baru tahu, kon aiskrim Jipangi ni yang sedap. Perisa jagung, kalau tak suka jagung, baik jangan beli ;) 

PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

Aiskrim Jipangi ini dari Korea. Mengikut banner yang mummy nampak di stall aiskrim Jipangi ni lah. Kalau salah, jangan marah ye.


 PEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATANPEKENA AISKRIM JIPANGI DI AEON CHERAS SELATAN

Bebudak pun seronok pekena aiskrim jipangi. Sambil main kereta mainan, sambil suap mereka makan sekali.