3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili

Tips 3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili Di Korridor Rumah Apartment.


Entri yang lepas mummy ada cerita tentang taman mini dan tanaman pokok di rumah apartment kami. Dalam banyak-banyak pokok, yang paling cepat nampak progress ialah pokok cili dan pokok bawang. Pokok bawang tu tak payah cakap lah kan, biar gitu pun boleh keluar daun. Tang pokok cili tu yang mummy teruja lebih! Dalam beberapa hari, pokok cili dah bercambah. Cepat,kan?  Ramai yang bertanyakan pada mummy, macamana mummy tanam pokok cili tu.

http://www.azlindaalin.com/2016/02/taman-mini-hijaukan-alam-di-rumah.html

Sebenarnya, mummy tanam tu suka-suka je. Tak google atau tak ada baca tips tentang tanaman pun. Main belasah je tu. 

 


Bagaimana mummy tanam pokok cili?



Mummy jenis gemar buat cili boh sendiri. Eh..korang pun mesti sama gak, kan? Semua orang suka buat cili boh sendiri berbanding cili boh ready made. Betul, tak? Mummy kalau sekali buat tu,memang orang kata terus buat stok 1 bekas Tupperware. Bolehlah dapat 4 – 5 kali pakai untuk buat sambal ke buat asam pedas atau buat resepi Bali tu (peberet tu !).

3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili Di Korridor Rumah Apartment.

 3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili


1. Sebelum merebus cili kering, seperi biasa mummy akan gunting dulu. Biji-biji cili kering yang bertaburan, mummy kumpul dan terus buangkan atas pasu bertanah. 

2. Tanah yang mummy gunakan ialah jenis warna merah tu campurkan dengan tanam hitam yang lembut.Tanah hitam mummy beli di Tesco berharga RM4.80 sebungkus besar.

3. Siram sehari sekali atau dua hari sekali (bergantung pada cuaca. Kalau musim hujan mummy tak siram). Dalam masa dua tiga hari, pasu biji cili kering akan bercambah. Keluarlah pokok-pokok yang comel berwarna hijau itu.

3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili Di Korridor Rumah Apartment.

Macam banyak pula pokok cili dalam pasu mummy ni kan? Nanti dah besar, mummy alih ke pasu lain. Kasi pokok cili tu bernafas dengan segar.

Dari sehari ke sehari memang nampak perubahan positif pokok cili yang mummy tanam. 

Baru pokok kecik-kecik comel je tu, buahnya belum tentu lagi tu. Aish…terlebih excited lak mummy ye !

Ok..Mummy dah share cara mummy tanam pokok cili dengan cara paling mudah. Selamat mencuba pada yang ingin mencuba !


6 comments on "3 Cara Mudah Menanam Pokok Cili"
  1. zizie pun suka buat cili boh sendiri.. nak cuba la tanam.. zizie tak pernah tanam pokok.. harap2 menjadi.. hihi

    ReplyDelete
  2. senang kan bila ada pokok cili kat rumah..nk masak ambik je kat pokok..hihi

    ReplyDelete
  3. Rajin nye akk tanam pokok cili.. mudah je kan..yanie dulu ada gak tanam tapi tak terjaga huhu

    ReplyDelete
  4. Linda ni tangan sejuk jugak kan...elok je pokok cili ni tumbuh subur ha...jeles tau..

    ReplyDelete
  5. wah.
    aida ni tgh panas.
    tanam pokok asyik tak menjadi aje :(

    ReplyDelete
  6. Pokok chilli saya plk bunga dia asik gugur je..sedih la apa silap saya..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com