Dah Buat Aiskrim Sumi Jelly

BUKAN SEKADAR KONGSI RESIPI AISKRIM SUMI SUMI JELLY TAPI IANYA DAH DI BUAT !


Banyak menu viral sekarang ni. Dan, ramai juga yang akan share resipi viral ni. Tapi, korang share sahaja resipi tu atau korang buat , ye? Beberapa minggu lepas mummy share resipi 6 bahan buat aiskrim sumi yang tengah viral . Masa tu, memang mummy belum buat aiskrim sumi jelly. Sebab dah ada orang bagi, tinggal makan je la aiskrim sumi jelly. Sekarang, stok aiskrim sumi jelly tu dah habis. Daddy pulak, belikan bahan-bahan Aiskrim Sumi Jelly . Tu tandanya, memang mummy nak kene buat lah kan? Jemput baca step by step cara mummy buat Aiskrim Sumi Jelly ye ;)



 

Satu tin susu isian sejat dari Dairy Champs di masukkan ke dalam periuk.

 

 Kemudian, di tambahkan satu tin air masak di masukkan ke dalam periuk yang sama.

 

Di tambahkan bahan ketiga iaitu satu tin susu pekat dari Dairy Champ. Pilihan kami dari Dairy Champ sebab harga mampu milik dan produk berkualiti.

 

Dan, tak lupa tambahkan air masak satu tin.

 

Sementara, panasakan susu dan air. Mummy mula buka satu per satu sumi jelly.

 

Potongkan kecil sumi jelly dan terus masukkan ke dalam plastik aiskrim.

 
 

Sumi jelly siap di letakkan dalam jug air supaya sumi jelly tu tak keluar jatuh.

 
 

Tutupkan api dapur, taburkan sedikit garam dan kacau. Sejukkan susu tadi dan terus masukkan ke dalam jug air. Dan, jirus ke dalam plastik airkrim. Mudahkan !
 
 

Masukkan agak-agak lebih dari separuh. Jangan penuh sangat nanti susah nak ikat plastik aiskrim tu ! Mummy sejukkan 1 malam. Esoknya baru makan. Dapat dekat 20 batang aiskrim sumi jelly jugak tu. Stok untuk kami sekeluarga sejukkan tekak di kala cuaca panas.


6 comments on "Dah Buat Aiskrim Sumi Jelly"
  1. huhu.. dah buat ritu.. tapi sebab takde susu sejat, buat aiskrim bandung dengan sumi je.. huhuhu.. malam tadi buat aiskrim choki2.. adoi.. lemau dah badan.. lama jugak nak mengerjakan nya ye.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sedap jugak tau...
    nieyl dah rasa dah...

    ReplyDelete
  3. mmg kena letak garam sikit ye? hehehe

    ReplyDelete
  4. Tengku Butang: tak mengapa..buat cara sendiri pun ok ;) sedap juga tu ! ;)

    Nieyle: macam cendol pun ada kan.

    Emy: bagi rasa lemak sket ;)

    ReplyDelete
  5. errmmm... dua tin susu dapat 20 batang aiskrim..? okey ler tu.. nak try jugak lah nanti.. hehehehehe.. kena cari plastik aiskrim tu dulu.. :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com