Gerhana Matahari 9 Mac 2016

Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016


 Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 

Fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku pada hari ini, Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, kita digalakkan untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut : 


 Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut : 

RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

5 comments on "Gerhana Matahari 9 Mac 2016"
  1. Terima kasih.. amat bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. thanks sharing kak lynda =)

    ReplyDelete
  3. Sempat juga tengok gerhana guna negative film tadi. Tapi Tawau tak dapat full gerhana. Maksimum sampai bulan sabit je.

    ReplyDelete
  4. merasa juga tengok melalui tinted.. ehhehehe

    ReplyDelete
  5. aida x brape sihat semlm.
    cuti. matahari elok aje belakang umah, direct.
    but tu la. xde apa filter nak tgk nyer.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com