Jambu Air Jajan Untuk Dhia Batrisya

Jajan Anak, Jambu Air Jajan Untuk Dhia Batrisya Tok mak beritahu, Dhia menangis pagi-pagi bang...

Jajan Anak, Jambu Air Jajan Untuk Dhia Batrisya

Tok mak beritahu, Dhia menangis pagi-pagi bangun dari tidur. Alamak ! Ni yang bikin mummy risau ! Kenapa pulak, Dhia ni..dalam hati mummy. Rupa-rupanya, tok mak kata,,,,,Dhia cari jambu air dalam peti ais, tak boleh terima jambu airnya habis. Mula lah tuduh mummy kasik perabih jambu air Dhia tu. 

Memang mummy beli tak banyak, beli 5 biji je kat Pasar Malam hari Selasa. Rabu malam tu dah licin jambu air.

 Jajan Anak, Jambu Air Jajan Untuk Dhia Batrisya

Jenuh pulak daddy dengan mummy nak cari jambu air di hari Khamis. Nasib baik, ada pasar malam di Saujana Impian Kajang pada hari Khamis tu. Mummy balik kerja, terus pergi beli sekilo. Dapatlah dalam 10 biji. Nak beli banyak, kang tak makan. Membazir. Jambu air tu bukan boleh tahan lama sangat. Cepat kecut !

Macam-macam buah Dhia ni minta tau. Kejap nak strawberi, nak oren Sunkist, kejap nak epal merah, epal hijau dan jambu air pulak. 

Budak sorang ni memang kuat makan jajan buah-buahan. Sehari epal kadang-kadang 2 biji. Jambu air jangan cakap. Sehari 3 biji pun jalan. Sorang-sorang je makan tu ! 

Kontra pulak dengan adiknya tu, si Dzal suka makan buah kiwi, tembikai dan limau.  Kesukaan mereka berdua tak sama. 

You Might Also Like

5 comments

  1. bagus banyak makan buah,kena terapkan dari kecik...wah pandai jaga diet Dhia ni eh...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya kcik2 dah mkn buah,,hehe..sihat

    ReplyDelete
  3. comelnya dhia ni....untung kecik2 dah pandai mkn buah...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya jambu air. Cicah dengan kicap campur gula dengan cili. Huh, berapi! :D

    ReplyDelete
  5. aida suka kalau anak2 suka jajan buah.
    kat umah aida biasa nyer jambu batu atau pisang.
    jambu air ni jarang jumpa la plak sini, linda.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda