Kenduri Arwah

Beberapa minggu yang lalu, kami ke Majlis Kenduri Arwah Pakcik Isa. Dah 4 bulan pemergiannya. Alfa...

Beberapa minggu yang lalu, kami ke Majlis Kenduri Arwah Pakcik Isa. Dah 4 bulan pemergiannya. Alfatihah ! Moga Arwah tenang di sana.



Bila ke kenduri, macam biasalah...dilema mak-mak. Nak pakai baju apa, anak-anak nak pakai baju apa. Tenung dan beelek-belek la almari tu berjam-jam. Sudahnya, mummy amek keputusan pakaikan anak-anak baju melayu dan baju kurung. Sampai bila nak simpan,kan! 



Takkan tunggu raya je nak pakai Baju kurung dan baju melayu tu,kan. Tengok si Dzal tu...dah meninggi rupanya. Senteng baju dah. Tu pun, mummy beli masa Dzal dalam pantang, untuk pakai waktu raya. Beli saiz 6-8 bulan. Tapi cutting besar. Bolehla pakai lama sampai umur setahun setengah.
 

Dhia pun sama, beli masa umurnya setahun, tapi saiz baju kurung untuk 2 tahun. Dhia pun kain dah senteng gak tu.

Mummy memang suka beli baju anak saiz besar sedikit. Tahan lama dan jimat duit katanya!  Baju sedondon anak-anak biru muda ni mummy beli kat Jusco je. 

Ada sales 2 tahun lepas, sebanyak 50%. Almaklum ler, dulu-dulu anak sorang. Boleh di katakan rajin cuci mata, cari sales. Sekarang? Erm,,,kene plan, baik puye. Baru boleh shopping. :0

You Might Also Like

3 comments

  1. Baguslah tu beli baju yg lebih besar...
    boleh pakai lama :)
    kalau beli yg ngam² boleh pakai kejap je... :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Beli size besar skit... lama blh pakai
    Budak ni cpt je membesar kan. =)

    ReplyDelete
  3. hihi.. betul2.. irine pon beli baju kurung raya dia kat jusco je.. murah .. kain pon elok.. memg beli saiz besar sikit..boleh pakai lama..budak2 ni kan cepat membesar..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda