TAHNIAH PEMENANG MENTOR MILENIA

PEMENANG KONSERT AKHIR MENTOR MILENIA

Mummy ikuti juga program Mentor Milenia yang ditaja oleh Pamoga Qu Puteh. Seronok pula tengok Dato Vida tu..lagi satu, terjebak sebab dari awal dah tonton. Dari pemilihan mentor mente sehinggalah konsert mingguan. Jadi, mummy terus ikuti perkembangan rancangan ini.



Dari awal tontonan, Mummy dah ada pilihan mummy. Mummy paling suka anak didik Black iaitu Wani. Suaranya memang WOW. 


Dan juga minat..Qody ! Walaupun tak jadi juara. Di mata mummy tetap juara.

Tahniah pada pemenang Mentor Milenia:-

JUARA MENTOR MILENIA
Fareez atau nama sebenarnya muhammad Fareez Hazwan berumur 18 tahun. Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini meraih wang tunai RM100,000 beserta trofi.


Fareez menyampaikan lagu medley Apokalips/ Aku Juga Manusia serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Drama King/ Hilang Naluri.

NAIB JUARA MENTOR MILENIA
Peserta bernama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 21, dari Kedah ini memenangi hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Membawa lagu Hanya Namamu dan berduet dengan Black menerusi lagu Jerangkung Dalam Almari.

TEMPAT KETIGA MENTOR MILENIA
Wanie atau nama sebenarnya Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Wanie yang menyampaikan lagu medley Malam/ Merisik Khabar dan berduet dengan Black dalam lagu Tanya Sama Hati/ Tiada Kata Secantik Bahasa.

Mentor Milenia ini di nilai dari juri profesional iaitu Azmeer, Amy Search serta Ajai.

Dihoskan oleh Issey dan Marsha.
4 comments on "TAHNIAH PEMENANG MENTOR MILENIA"
  1. tahniah kepada pemenang mentor =)

    ReplyDelete
  2. kenapa la anak si Fauzi nawawi tu yg menang..Wanie power apa...erm...

    ReplyDelete
  3. Siapa yang menang? Muahhhaaa kesian nampak sangat tak mengikuti.

    ReplyDelete
  4. aida x pernah tgk :)
    just tgk iklan nyer aje.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com