THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR DI ASTRO 615 PADA 20 MAC 2016



KARYA HEBAT DISNEY, “THE LION KING” KESINAMBUNGANNYA DARI “THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR”, SEBUAH RANCANGAN FILEM TELEVISYEN YANG AKAN DITAYANGKAN PADA 20 MAC, 11 PAGI DI SALURAN DISNEY DI MALAYSIA

KARYA HEBAT DISNEY, “THE LION KING” MENERUSKAN KESINAMBUNGANNYA DENGAN “THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR”, SEBUAH RANCANGAN FILEM TELEVISYEN YANG AKAN DITAYANGKAN PADA 20 MAC, 11 PAGI DI SALURAN DISNEY DI MALAYSIA


Beberapa tahun lepas, cerita Lion King sangat famous! Cerita box office di pawagam. Mummy layan di Astro sahaja pada masa tu. Manakala Lion King versi kartun memang tak layan lagi. Sebab masih single, belum ada anak. Sekarang dah ada anak, baru la layan siaran kartun.

Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.

PELAKON ALIH SUARA TERKEMUKA DALAM THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR


“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga, Atticus Shaffer sebagai Ono, Diamond White sebagai Fuli dan Dusan Brown sebagai Beshte.

SINOPSIS THE LION GUARD : RETURN OF THE ROAR



Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.

PELANCARAN FILEM THE LION GUARD : RETURN OF THE ROAR


Nak video anda di siarkan di Disney Channel, jom hantarkan video kretif anda sekarang ! "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia).

Tentang Saluran Disney Asia Tenggara

Saluran Disney Asia Tenggara bertanggungjawab ke atas pengurusan, pembangunan kreatif dan operasi komersil untuk saluran-saluran yang dimiliki Disney di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Brunei, Palau, Papua New Guinea dan Filipina). Perkhidmatan utamanya iaitu Saluran Disney adalah rangkaian televisyen kanak-kanak dan keluarga 24 jam yang berkisar tentang dunia kanak-kanak dan keluarga menerusi rancangan bersiri dan filem asal. Saluran Disney merupakan sebahagian daripada Disney/ABC Television Group.


Untuk maklumat lanjut, layari www.disney.my.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com