4 PERKARA PENTING TENTANG ULAR ATAU BINATANG BERBISA DI MUSIM PANAS DAN ELNINO

Beberapa hari yang lalu, ada pelbagai cerita ular berbisa yang mummy baca. Tentang budak sekolah d...

Beberapa hari yang lalu, ada pelbagai cerita ular berbisa yang mummy baca. Tentang budak sekolah di patuk ular, ular masuk dalam kereta, ular masuk dalam ekzos kereta dan banyak lagi.

Semalam pula, mummy dapat whatsapp dari group kawan-kawan. Tentang kisah ular ini.

4 PERKARA PENTING TENTANG ULAR ATAU BINATANG BERBISA DI MUSIM PANAS DAN ELNINO
Jom kita baca doa ini ;)

Seorang hamba Allah ini pernah bertugas di Zoo Negara sebagai Ketua Jabatan Perhubungan Awam di zoo tersebut.

Jom ikuti penerangan dari beliau :-

Selama perkenalan saya dengan para petugas terlatih di Reptile House, Zoo Negara, saya dimaklumkan mengenai perkara-perkara seperti berikut:


4 PERKARA TENTANG ULAR ATAU BINATANG BERBISA


1. Ular memilih lokasi paling banyak sumber makanan seperti tikus dan cicak sebagai tempat tinggal.

2. Ular di kawasan bandar memilih lokasi tersorok dan sejuk, seperti lubang takungan najis, kawasan bangunan, longkang dan parit, sebagai tempat persembunyian.

3. Ular mempunyai tabiat biasa untuk berjemur pada waktu pagi, sama ada di kawasan padang, atas dahan pokok, atas bumbung dan sebagainya untuk mendapatkan cahaya matahari. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, trend serangan ular yang berlaku di dua buah sekolah tadi berlaku pada waktu pagi, sekitar waktu rehat. Hal ini kerana ular berjemur antara pukul 9 hingga 11 pagi, semasa cahaya matahari belum terik.

4. Ular yang sedang dalam proses bersalin kulit akan memilih lokasi tersorok untuk mengoyak kulitnya, seperti di celah almari, celah ranting pokok belukar dan sebagainya. Dalam tempoh itu, ular akan berada pada tahap paling agresif kerana rasa nyilu dan pedih pada kulitnya, selain pergerakannya yang mula terbatas.


7 Langkah Keselamatan Perlu Di Ambil Untuk Mengelakkan Ular dan Binatang Berbisa. Antaranya:


1. Membersihkan kawasan sekolah / rumah daripada sebarang longgokan besar di atas tanah.

2. Memusnahkan kawasan tempat tinggal tikus yang menjadi makanan utama ular.

3. Menabur serbuk karbaid atau sulfur di sekitar atau sekeliling kawasan berisiko.

4. Memotong dahan atau ranting yang berjuntai ke atas bumbung atau ke lubang-lubang bangunan seperti tingkap dan lubang angin.

5. Penyediaan perkakasan First Aid yang sesuai dan mencukupi.

6. Melengkapkan para guru serta murid dengan pengetahuan berkaitan ular dan langkah-langkah keselamatan/kecemasan,

7. Menangguhkan sementara aktiviti berisiko dalam kawasan sekolah, ketika musim El-Nino yang dijangka bakal berakhir Jun ini.

Mummy rasa tips yang beliau kongsiklan amat berguna untuk panduan kita semua. Moga kita dijauhkan dari malapetaka yang merbahaya. Insyaallah.


You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih sis pengkongsian artikel di atas...

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    salam jumaat...
    Bagus kongsi tips² begini...
    selain di rumah...boleh jugak buat gotong royong di sekolah kan...:)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda