MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

11:06

MENU MENARIK DI CAFE CERITA KAMBING | BERIYANI KAMBING BAKAR YANG SEDAP DI ANGGERIK MALL, SHAH ALAM


Pernah dengar Cafe Cerita Kambing? Mummy pun baru sahaja tahu tentang cafe cerita kambing ini. Pelik juga tak pernah tahu cafe ini, sebelum ini. Rupanya..cafe ini baru juga beroperasi. Mummy tak mahu cerita banyak tentang cafe ini. Rasanya, kalau google banyak review ada tentang cafe cerita kambing ini. Rakan-rakan blogger seperti Ben Ashaari , IrraPCL dan lain-lain pun ramai yang dah sampai sini.

Entri kali ini mummy nak tunjukkan menu favorite mummy yang ada terdapat di Cafe Cerita Kambing ini. Mummy makan masa perjumpaan blogger di 1st EFG Gathering tempoh hari #1stEFGathering

 MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

Tadaaaaaaaaa.... nasi beryani ! Darah Johor yang mengalir di badan mummy..kemana sahaja pergi. Tetap menyukai nasi beriyani. 

 MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

Nasi ini, semestinya dari beras yang berkualiti. Sebutir-sebutir nampak teksturnya.


 MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

Kambing bakar signature Cafe Cerita Kambing. Menaikkan selera mummy...mummy suka makan kambing bakar gitu sahaja..cicah dengan sosnya. 


MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

 Ayam masak merah ni pulak, memang mummy gaulkan sekali dengan nasi beriyani dar Cafe Cerita Kambing. Memang perghhhhh!!! Makan tak pandang kiri kanan dah ! Fokus untuk makan sahaja ! Sebagai bukti...gambar mummy tak ada pun ! Kan ! Memang fokus pada makan je ! Kamera dan handphone dah makan dulu (snap gambar..) pastu letak tepi terus !

 MENU SEDAP CAFE CERITA KAMBING DI SHAH ALAM | NASI BERIYANI DAN KAMBING

Jelatah pun boleh tahan sedap..mummy biasa makan yang ada nanas. Tapi, makan yang tak ada nanas pun ok ! Nice !  

Secara keseluruhan, mummy berikan 4 bintang untuk makanan  ini yang sedap, bersih dan menepati citarasa mummy.

Pada yang nak mencuba masakan dari Cafe Cerita Kambing, boleh juga datang terus ke Tingkat 1, Anggerik Mall Shah Alam.

Atau jika ada yang memerlukan perkhidmatan katering, boleh juga hubungi:- 

Chef Zakaria - 011-31760227
Puan Noraziah - 019-2816308
Whatsapp - 019-3531320

Facebook : 
Nor Aziah Dahari
Endau Beriyani Caterers 

Instagram :

You Might Also Like

5 comments

  1. Tengok pun terliur dah mamikkkk... Sha pun ada darah Johor dan memang suka makan nasi beriani... Kalau kambing bakar, Sha suka makan dengan mint sauce :)

    ReplyDelete
  2. Kalau pi Angrik Maal S.Alam mesti singgah makan Cafe Cerita Kambing..best la mcm mkn nasi kenduri.. cuma x dapat bunga telor je. Haa blh di suggestkan..

    ReplyDelete
  3. Akak x leh selalu makan Nasi Beriani..tapi kalau makan kambing takpe..eh...hehehehe

    ReplyDelete
  4. yes nasi dia nampak begitu cantik skali,linda.
    aida memang ler suka kambing.
    kambing kari.
    kambing panggang.
    kambing bakar...
    memang menjadi kegemaran kalu kat mana2...

    ReplyDelete
  5. rosaklah diet kalau datang sini.. heheh tapi sekali sekala tak salah kan..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab