Pilihan Novel Masa Kini | NovelPlus Novel Online



NovelPlus - Novel Online Tarik Perhatian Lebih 230 Penulis Indie Malaysia




Sungguh ! Mummy tak ada masa nak belek-belek novel dah sekarang ini. Lagi pun , zaman sekarang zaman teknologi. Nak baca novel tak semestinya melalui buku tebal tu !




Mummy membaca novel secara online je sekarang. Aplikasi pilihan mummy adalah NovelPlus. Download dari Play Store sahaja!


NovelPlus merupakan sebuah aplikasi saluran kreatif dan pembacaan menerusi telefon pintar. Mummy dapat tahu, ianya mendapat sambutan positif dan telah menerbitkan lebih dari 500 karya fiksyen berbahasa Melayu daripada penulis Indie tempatan.

NovelPlus juga menawarkan para penulis cara mudah, pantas, kebebasan berkarya dalam penulisan, kolaborasi dan secara terus menyalurkannya kepada berjuta pembaca tegar.

Tidak seperti cara lama dalam self-publishing, NovelPlus menghapuskan halangan yang wujud daripada teknologi dengan mewujudkan peralatan mudah guna untuk menyiarkan novel menjadikan ia lebih mudah buat penulis untuk kekal fokus dalam penulisan dan meraih pembaca baru.

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dan pembaca setia. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus, Dato’ Lim Thean Keong.

Sehingga kini, NovelPlus telahpun mempunyai lebih dari 500 ratus karya yang telah dihasilkan oleh penulis Indie bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua konten yang ada dalam aplikasi ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus.

Mekanisma pembelian dalam aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi setelah lebih ramai pengguna mengenali aplikasi ini.

NovelPlus mensasarkan dua perkara: 

1. Membantu orang ramai meenceritakan kisah mereka dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka secara langsung dengan pembaca. 

2. Pembacaaan menjadi lebih mudah berbanding membawa senaskah buku untuk dibaca ketika dalam pengangkutan awam, ke kampus atau tempat kerja.

Dengan pelancaran NovelPus, yang boleh didapati di Google Store dan Apple Appstore menerusi pahutan www.novelplus.co, orang ramai boleh menikmati karya-karya indah yang ditulis oleh orang lain seperti mereka, serta lari ke dunia fantasi dan kreatif menerusi karya hebat yang dihasilkan. Ia bukan setakat berakhir di situ.

“Kami menyedari yang penceritaan adalah bersifat sosial, sehubungan dengan itu NovelPlus memberi ruang kepada pembaca dan penulis untuk berkongsi cerita mereka dengan pantas, serta mengundang orang lain masuk kea lam fantasi ciptaan mereka,” ujar Pengurus Besar NovelPlus, Crystal Lai.

Hari ini, buku yang diterbitkan secara sendiri diedarkan secara meluas, tetapi NovelPlus menjadikan kerja penerbitan lebih mudah untuk komuniti setempat, dengan karya-karya menyayat hati, romantis yang lebih relevan dengan budaya masyarakat Malaysia pembaca.

“Menariknya lagi, di NovelPlus sesiapun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur. Hanya dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada kami berusia 12 tahun,” tambah Crystal lagi.

“NovelPlus adalah satu-satunya aplikasi yang menyiarkan karya berbahasa Melayu secara digital.

Aplikasi ini mengandungi sifat kebolehbacaan yang hebat dan pembaca boleh menyelak helaian muka surat sama seperti buku. Tambahan pula, NovelPlus sering menghasilkan novel terbaru yang gempak!” ujar Kieyah, salah seorang penulis popular menerusi karya ‘Aku Bukan Cinderella’, yang boleh didapati di NovelPlus.

Tentang NovelPlus


NovelPlus ditubuhkan sebagai inisiatif menggalakkan pembacaaan dan penulisan dikalangan komuniti tempatan. Kami percaya setiap orang mampu menerbitkan, berkongsi dan mengedarkan karya kreatif mereka untuk dibaca oleh pembaca setia. NovelPlus dicipta untuk rakyat Malaysia, yang mempunyai kisah untuk diceritakan. Dengan menghasilkan satu ekosistem penerbitan yang mudah diguna dan menyeluruh, NovelPlus telah membuka dunia penerbitan baru kepada orang ramai yang mempunyai akses internet dan minat mendalam dalam bidang penulisan mencurah.

NovelPlus, merupakan sebuah platform indie dan kreatif, yang tidak hanya menyediakan jaringan antara penulisa dan pembaca, bahkan ia juga memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan ia lebih mudah dan menyeronokkan.

Dilancarkan pada tahun 2015, NovelPlus telah mempunyai lebih dari 500 karya yang boleh diakses lebih dari 11,000 pengguna.

NovelPlus juga boleh dimuat turun menerusi www.novelplus.co
3 comments on "Pilihan Novel Masa Kini | NovelPlus Novel Online"
  1. Menarik apps ni..Boleh beli novel secara digital pula lepas ni..Tq for sharing..

    ReplyDelete
  2. menarik kan...sesiapa yg berbakat dlm penulisan novel bolehlah cuba hantar karya kat sini kan

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com