Pukul Anak Pecahkan Cawan dan Piring?

Semalam, mummy balik rumah waktu lunch. Almaklumlah, ofis depan rumah je,kan ! Kalau lapang waktu ...

Semalam, mummy balik rumah waktu lunch. Almaklumlah, ofis depan rumah je,kan ! Kalau lapang waktu rehat tu, memang mummy balik ke rumah, je ! Jimat duit lunch dan sambil tu boleh menyusukan Dzal Aidi Fiqry sekali.
Alkisah tengah makan tengah hari. Sedang syok makan ketam, "paaaangggggg....." cawan dan piring jatuh pecah dari almari.

PATUT KE PUKUL ANAK YANG JATUHKAN CAWAN KACA DAN PIRING KACA HINGGA JATUH BERDERAI ITU ?



Terus berhenti makan.
Jerit !! Suruh Dzal Aidi Fiqry ketepi . 

Basuh tangan, kutip serpihan kaca dan menyapu tempat kejadian.
Hrm.....memang kene tengking lah,kan ! Sibuk la.. buka tutup almari pinggan mangkuk. 

Masa kita makan, masa tu juga nak amek mainan dalam tu. Banyak lagi kot mainan kat depan, dalam bilik ! Bila kene marah tu, menangis terus Dzal. Mummy rasa kesian? Tak ada rasa kesian langsung waktu itu !


Haaaa..mummy marah, bukannya sebab sayang sangat set cawan kaca tu. Walaupun beli dari jauh nun di Langkawi sana. Tapi, nak bagi Dzal tu takut sedikit. Supaya dia tahu bahaya barangan kaca tu bahaya..kalau jatuh ! Nasib tak jatuh atas kaki ! Kalau tidak? Erm...satu kes lain pulak yang akan jadi !
Tangan mummy dah hampir-hampir nak pukul tangan si Dzal tu. Supaya dia beringat jangan buat perkara itu.

Rasa tak sampai hati pulak nak pukul. Jerit je mampu, tu pun Dzal Aidi Fiqry dah nangis teresak-esak.

Mummy tak sempat habiskan makan tengah hari, terus bersiap ke ofis ! 
Sampai ofis, mummy teringat perkara itu. Rasa serba salah pula tengking-tengking anak.

Nak ikutkan bukan salah anak-anak pun. Mummy dan daddy yang simpan mainan dalam almari kaca. Budak-budak kecil tu...manalah tahu bahaya ke tidak barang dalam tu.

Apa yang mereka tahu, nak mainan dan nak main.


Hrm....lepas ni, mummy kene susun atur balik barangan rumah. Bahaya simpan mainan dan barangan kaca di satu tempat yang sama.

Ataupun, nak senang tak payah dah buat koleksi barangan mainan tu..main je lah sampai rosak. huhuhu

You Might Also Like

2 comments

  1. alahai sian dia kna marah.. alynn bli almari khas la utk ltka mainan anak2 senang..diorang tak kacau barang lain dah..:)

    ReplyDelete
  2. kadang- kadang kita marah sebab takut diorng terluka or cedera teruk..kan? tapi tu kadang2 kit a tak sedar tertinggi suara kan...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda