RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING

16:33

Lebih kurang hampir 4 tahun hidup berumah tangga. Masakan kegemaran suami sambal cili api goreng ikan masin garing je mummy tak buat-buat. Sebab apa?  Sebab takut tak jadi. Kang tak jadi...siapa nak makan.

Kalau ke rumah ipar duai, ada juga dorang buat. Tapi, mummy takut nak makan. Takut pedih perut. Tapi, belajar juga cara nak buat dari ipar duai. Ipar mummy, tumbuk cili api dengan ikan masin dan goreng.

Kali ini, mummy dah ada keberanian nak buat sambal cili api goreng ikan masin. Pertama kali buat dengan ubah sedikit sambal cili api goreng ikan masin. 

RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING


 RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING

Cili api - senggengam
Ikan bilis - setengah genggam 
sedikit bawang merah, bawang putih dan halia

 RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING

Ikan kurau masin - potong- potong

Mummy tak tumbuk...nak cepat punya pasal blender dengan minyak masak. Sementara blender, goreng ikan masin tu dulu.

Ikan masin dah siap..angkat. Letak tepi.

Minyak yang sama tumis bahan-bahan blender (blender kasar), goreng sampai garing. Kene selalu balik-balikkan. Untuk elak hangus.


RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING

Pertama kali masak, lama sangat kot..gelap warnanya


RESIPI CILI API IKAN KURAU MASIN GORENG RANGGUP / GARING

Kali kedua masak, memang ranggup sangat sambal cili api ini...

Tak pedih perut rupanya ;)

Masak satu tupperware, simpan. Boleh makan bila-bila masa dengan nasi panas. Sedap !!! Cubalah. Resipi ini, resipi orang Negeri Sembilan tak silapnya ;)
 

You Might Also Like

5 comments

  1. xpernah tau pon sambal cenggini..ingatkan yg macam masak lemak tu..tengok gambar last mcm serunding.. cam sedap je plus boleh simpan lama kann..nak makan tinggal hidang je

    ReplyDelete
  2. hadoiii...merecik dah ni...sabar jer la..

    ReplyDelete
  3. ini memang membuka selera makan nih!

    ReplyDelete
  4. Memang nk try bagi org kedah plk makan.. best !

    ReplyDelete
  5. yumyum...
    walaupun aida tak brape makan ikan kurau, but dari resepi nyer ni terasa mcm sedap sgt nih, linda :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab