SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mummy nak review satu produk SAFI. Mesti yakin, ramai yang dah tahu tentang produk kecantikan dari SAFI ini. Betul tak? Produk kecantikan SAFI yang terbaru ini ada kelainannya. Sebab, di formulasi dengan jintan hitam atau dalam bahasa lain di sebut sebagai HABBATUS SAUDA.

Sebelum mummy cerita pengalaman mummy gunakan produk kecantikan dari SAFI ini. Mummy nak cerita sedikit tentang rangkaian produk SAFI terlebih dahulu.

SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda | Murah dan Mampu di Miliki Setiap Orang 

Produk kecantikan SAFI adalah dari sentuhan semulajadi. Produknya mengandungi pelbagai kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun .

Ianya, diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. 

Membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita. 

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda. 

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan. Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alam. Pasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.





SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Formulasi dipertingkat!


Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi. Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Jom.. nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secara semulajadi.



Rangkaian produk pembersih muka SAFI





Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 50g-RM 6.10, 100g-RM10.80



Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda

Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80



Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!




Rangkaian produk pelembap muka SAFI


SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda


Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 

80g- RM 8.90



Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!

SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda

TESTIMONI PENGUNAAN Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI, Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI dan Krim Kecantikan SAFI



Pembersih muka sari mentimun habbatus sauda berharga : 
 50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80


Oleh kerana pori kulit muk amummy agak besar, mummy suka sangat dengan produk ini. 

Manfaat pembersih Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar dan berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

Harga : 80g- RM 8.90



Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulit mummy terasa lebih lembap dan sihat.


Dan, akhir sekali sebelum pekena make up di muka. Mummy ratakan kulit muka mummy dengan krim kecantikan SAFI. 

Nak cantik, tapi nak gunakan produk kecantikan pada harga mampu milik?
Mummy cadangkan produk kecantikan dari SAFI !

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya yang utama. 

Mummy suka sangat dapat khasiat semulajadi serta manfaat berganda Habbatus Sauda.


Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari:


Instagram : safimalaysia
Youtube: safi,my



12 comments on "SAFI Set Kecantikan Mengandungi Khasiat Habbatus Sauda"
  1. Nanti nak try la Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI ni..mcm best je..

    ReplyDelete
  2. Teman pernah pakai yang kaler biru tu.. ada gamat..

    ReplyDelete
  3. singgah pagi rabu ♥
    nieyl pengguna produk safi nie...:)
    memang sangat sesuai dgn mukaaa...:)

    ReplyDelete
  4. Saya dah Cuba pelembab muka sari gamat + habbatussauda.. Smooth saja kulitnya..

    ReplyDelete
  5. aida pakai safi rania gold.
    terbaik :)

    ReplyDelete
  6. Set akak dapat dah selamat bagi Dania dan ibu si kembar...suka diorang..

    ReplyDelete
  7. Kita guna yg manggis dan habbatus sauda tuu

    ReplyDelete
  8. i pakai safi sejak study di u muka i licin and putih i sesuai ngan safi .. suka safi very much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.,hi bole sya tahu awk pakai safi yg mna satu ye?

      Delete
  9. Apa2 yang ada ya dlm 1 set yang warna biru.kira nak try. Boleh bagi suggestion utk muka yg berjeragat?

    ReplyDelete
  10. Sy da try plembap muka lidah buaya hbtus sauda.tak melekit tau berminyak..best pakai wktu mlm

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com