200 JUADAH BUKA PUASA DI BUFET RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)

TEMPAT BERBUKA PUASA PILIHAN - LEBIH 200 JUADAH BUKA PUASA DI BUFET RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)


Bila tibanya bulan Ramadhan, mesti kita nak berbuka kat restoran atau pun hotel,kan? Sekali sekala layankan tekak, apa salahnya... Gitu gak lah mummy. Memang akan berbuka di luar juga pada bulan Ramadhan. Tapi..tidak lah setiap hari ! Adalah beberapa kali tu, mesti nak buka di luar. Ahad lepas, mummy menghadiri Media Preview Bufet Ramadhan 2016 di Bangi Golf Resort. Sebenarnya, ini adalah tempat wajib mummy dan keluarga kunjungi setiap kali tibanya Ramadhan. Sejak berkahwin, hingga kini... BGR memang antara pilihan kami sekeluarga untuk berbuka puasa secara bufet di Bangi Golf Resort (BGR). Untuk entri tahun lepas, boleh rujuk di SINI . Pada tahun ini, 2016 insyaallah akan kami berbuka puasa di sini lagi. Kenapa Bufet Ramadhan 2016 di Bangi Golf Resort menjadi pilihan kami sekeluarga untuk berbuka puasa, ye?




5 SEBAB MEMILIH BUFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT SEBAGAI TEMPAT BERBUKA PUASA 2016 :-



  • Dekat dengan rumah, Kajang ke Bangi dalam 15 minit je perjalanan.
  • Tak jem, yup tak sesak sangat bulan puasa dari Kajang ke Bangi! Kalau jalan sesak pun, tak ambil masa yang lama. Balik kerja 5.30 petang. Insyaallah sebelum buka puasa, boleh sampai dah di Bangi Golf Resort (BGR).
  • Terdapat lebih 200 juadah makanan dari citarasa Melayu, Barat dan Timur di sediakan. Haa....banyak,kan? Untung sangat ke sini kalau nak makan bufet Ramadhan.
  • Tempat parkir kereta yang luas, boleh menempatkan lebih 800 buah kenderaan. Tak perlu berebut mencari tempat parkir.
  • Restoran Bangi Golf Resort (BGR) adalah resotoran HALAL yang telah di sahkan keHALALannya oleh JAKIM sejak tahun 2009 lagi.
  • Harga berpatutan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort (BGR) : RM58 (dewasa) dan RM29 (kanak-kanak) (nett)

LEBIH 200 JUADAH, ANTARA MENU BUKA PUASA BUFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT (BGR) 2016:-



Welcome Drink - Soda Strawberry




Kambing Bakar di bakar secara live dan di potong secara live

Sos Kambing Bakar


Sup Kambing




Satay Ayam dan Daging ini memang kesukaan mummy.

Minuman panas dan sejuk

Fried Chicken

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku bagi yang minat makanan kampung


Roti Jala lawankan dengan Kari 

Pulut Kuning


MENU BUFET RAMADHAN 2016 - MAKANAN TIMUR DI BANGI GOLF RESORT 


Makanan timur...nasi kerabu, menu istimewa untuk tahun ini.








Budu, sambal belacan, limau, keropok untuk di lawankan dengan Nasi Kerabu

Mee Soto

Haaaa..mummy dah raya dulu ! Pekena..Lemang dulu !!!

Rendang Tahi Minyak



MENU BUFET RAMADHAN 2016 - MANISAN DAN PENCUCI MULUT DI BANGI GOLF RESORT 


Cendol Gelato

Churros dan Candy Bufet










MENU BUFET RAMADHAN 2016 - DEKORASI BUAH-BUAHAN DI BANGI GOLF RESORT (BGR)




LIVE BAND HIBURAN BUKA PUASA - BUFET RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)


Sambil makan, di hiburkan dengan alunan muzik LIVE band. Baru berelera sedikit, ye dak ! Si Dzal seronok tengok LIVE band..Peminat muzik dak kecik tu !

RAKAN BLOGGER DI PREVIEW BUFET RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)

Bersama Blogger Yuyu Zulaikha

Bersama Blogger Suria Amanda

Sempat bergambar dengan rakan seperjuangan..sekali sekala kita laga pipi dengan kawan-kawan hehehe. Selalu berjumpa dalam alam maya je,kan. kali ini, face to face kita !

MENANG CARI BARANG TERSEMBUNYI DI PREVIEW RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)


Rezeki terjumpa barangan tersembunyi ini. Kebetulan anak dah bagi signal 'panas' sementara mummy tengah nak cari tempat berteduh. Waktu show buat aiskrim gelato. Sekali, mummy ternampak kad BGR ini. Hehehe..rezeki anak-anak !



Terima kasih BGR untuk jem strawberi asli ini, tiada bahan pengawet dan tidak perasa tiruan. Jadi, tak ada masalah untuk anak-anak nak nanti !

Amacam menu-menu Bufet Ramadhan 2016 di Bangi Golf Resort? Menyelerakan tak? Apa????? Tak cukup 200 gambar juadah makanan dalam blog mummy? Ha...nak tengok 200 juadah makanan Bufet Ramadhan di BGR ke?? Kenelah datang buka di sini ye !


Untuk mengelakkan tempahan penuh, semua di galakkan buat tempahan awal ! Keterangan lanjut dan tempahan :-

Bangi Golf Resort (BGR)
No 1 Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
Selangor 43650

Tempahan dan pertanyaan : 
012-6097755 (Adira)
03-8925 3728 / 03-82100265

Website : www.bgrrest.com
7 comments on "200 JUADAH BUKA PUASA DI BUFET RAMADHAN 2016 BANGI GOLF RESORT (BGR)"
  1. Amboiiiiiiii..
    Banyaknya juadah tu AA..
    Mana nak sumbat kat perut tu.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Dari Pihak Bangi Golf Resort :) Nanti sila lah bertandang ke Bangi Golf Resort untuk berbuka puasa ye :) Untuk para pembaca blog sekalian, sesiapa nak bertandang & nak harga early bird, sila call 012 - 609 7755(Adira). Tempahan telah dibuka :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya.. tahun ni tak dapat nak join pre buffet ramadhan di BGR huhuh..

    ReplyDelete
  4. mak aihh..bannyaknye juadah...meleleh air liur nengok nye..hihi

    ReplyDelete
  5. Tudiaaa macam macam pilihan ada :)

    ReplyDelete
  6. wah lumayan :)
    kenyang perut kalu gini.
    tapi tu la mr.asben aida sgt susah nak di ajak berbuka di luar.
    sebab dia akan risau bab nak solat.
    so memang la dia pilih utk berbuka kat umah :)

    ReplyDelete
  7. Setiap tahun BGR x pernah gagal memberi kejutan kan...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com