Anak-anakku Hantu Air

BILA ANAK-ANAK JADI HANTU AIR ! Anak-anakku Hantu Air | hahaha...bukan bahasa Melayu tule...

BILA ANAK-ANAK JADI HANTU AIR !



Anak-anakku Hantu Air | hahaha...bukan bahasa Melayu tulen untuk ayat tu ye. Anak-anak mummy bukan hantu, tapi gelaran hantu air sebab dorang ni, taksub dengan air. Kalau mandi tu..mesti nak main air. Berjam-jam gak lah BERKUBANG. Tak sah, kalau tak kecut tangan tu ! Tu yang mummy panggil anak-anak mummy ini HANTU AIR ! Berhantu je bila nampak air !


Anak-anakku Hantu Air

ANAK-ANAK HANTU AIR


Tengoklah tu...mana tak lama. Dok berkubang sambil bermain dalm kolam tu. Kalau boleh, semua mainan nak di bawa masuknya ! Huhu. Sabar je la, kan. Layankan je..banyak sangat fikir, banyak sangat nak halang. Buat stress kan diri je nanti. Let it go ! Sure no more stress. Hahaha 

Anak-anakku Hantu Air

Berganding..bergabung.. dok main sabun. Nak banyak-banyak sabun lak tu ! Rasanya bukan anak-anak mummy je hantu air kan? Semua budah gitu. Lagi-lagi bila dapat main buih sabun. Bubbles blup..blup. 


Anak-anakku Hantu Air

Anak-anakku Hantu Air

Pagi mandi kolam dalam bilik air, petang mandi kat swimming pool bawah rumah pula. Huhu. Berkubang je anak-anak ni. Ada daddy dapatlah turun mandi swimming pool. Bab nak bawa anak-anak ke swimming pool ini, mummy memang berat sedikit kalau sorang-sorang. Almaklumlah...mummy tak pandai berenang dan takut air gak sebenarnya hehehe. Dan, di sebabkan itu..mummy tak mahu anak-anak jadi penakut macam mummy. Biarlah dorang suka mandi swimming pool ni. Jadi berani dengan air.

Dhia pun dah nampak berani dah tu. Tak mahu pakai pelampung, nak berenang sambil menyelam sendiri.

Dhia mula beranikan diri, mandi swimming pool tak mahu pakai pelampung sejak umur 2 tahun lagi. Mummy dan daddy ada plan nak bawa Dhia ke kelas renang. Tapi...rasa macam tak boleh commit dengan jadual kami. Daddy punya schedule pun tak menentu, kejap balik malam, kejap balik pagi dan kadang kala tak balik huhu.

Anak-anakku Hantu Air, cookies tersedap, chocolate chips, IelyEjoy Scrumptious Cookies

Mummy malas nak basahkan diri, dok lepak tepi swimming pool sambil menikmati chocolate chips yang sedap tanpa telur dan tanpa kacang (feeling diet kekononnya) dari IelyEjoy Scrumptious Cookies. Melayan makan cookies di tepi swimming pool. Tenang sangat ! Chill and relax kata mat salleh ! Ewahhhhh... Eh..betul sedap tau, mummy bukan pertama kali makan. Memang sentiasa dok repeat order je. Siap berebut cookies ni dengan anak-anak. 


You Might Also Like

4 comments

  1. Morning mummy.....
    bestnye jadi budak² kan...
    boleh main air selalu..

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyee hehehe. rasa macam nak join sekali je :P

    tapi choc chip tu buat kc tergoda laa haha nak ciked!

    ReplyDelete
  3. Budak2 kalau main air mmg suka..masa tu la Diorg mintak Carrie junior...kalau dibiar habis sebotol

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda