Monday, 16 May 2016

Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak sulung YB Rasman ADUN Sedili Kota Tinggi


Gambar Sekitar Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak sulung YB Rasman ADUN Sedili Kota Tinggi


Hujung minggu, kami sekeluarga ke JB menghadiri majlis anak pakcik mummy (YB Rasman), makcik mummy (Mak Ngah - adik mak) yang mengahwinkan anak sulung nya merangkap sepupu mummy, Alias


Perkara wajib !! Bergambar dulu, sebelum ke majlis pernikahan Alias - anak YB Rasman. Ambil gambar dulu buat kenang-kenangan. 


Majlis pernikahan kali ini adalah majlis berprotokol..hanya yang tertentu sahaja boleh menghadiri majlis pernikahan ini. Budak-budak juga, tidak di benarkan ke majlis ini. Jadi, mak dan abah mummy je wakil dari keluarga kami. Mummy dan anak-anak ke mana pula? Ha..kami ke TGV Bukit Indah lah !  Tengok wayang Angry Birds ;)

Alias dan YB Rasman . Mesti berdebarkan ! Menanti saat pernikahan.

Semua gambar sekitar majlis ini dari dari handphone mak. Mak pun dah pandai bergambar sekarang hehehe.



Mak Ngah..mama kepada Alias..

Ahli keluarga


Adik beradik mak dan sedara mara








Dengan sekali lafaz, Alias dan YM Ungku Masmerah sah menjadi suami dan isteri. Tahniah pada pasangan dua mempelai ini !



Mak dan abah..kemahen bergambar !

Pelaminnya cantik sangat !

















Alhamdulillah selesai majlis pihak perempuan, minggu ini...majlis di pihak lelaki pula.

Mummy sekeluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL BAHAGIA dan TAHNIAH YB Rasman dan Mak Ngah Zaleha terima menantu !

5 comments:

  1. selamat pengantin baru untuk kedua mempelai..

    ReplyDelete
  2. Morning mummy..
    hari cuti makan nasi minyak.. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru. Wahh, anak buah YB.

    ReplyDelete
  4. Sama cantik sama padan.! Selamat pengantin baru buat pengantin.. =)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers