Resepi Mudah Buat Churros

08:38

Dah lama mencari Resepi Mudah Buat Churros. Mummy nak Resepi Churros yang mudah masak, tak remeh dan gerenti jadi. Tadaaaa... Akhirnya jumpa juga Resepi Mudah Buat Churros yang di idamkan !! Tak sabar nak buat, tapi nak kene beli nozzle baru. Nozzle lama kat rumah tu, dah berkarat sangat. Nanti dah beli nozzle, baru mummy buat Churros. Buat masa sekarang, tepek dulu Resepi Churros dalam blog. Sebelum ianya hilang.

Resepi Mudah Buat Churros
gambar sumber google

Bahan-Bahan Resepi Mudah Buat Churros :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara Membuat Resepi Mudah Buat Churros:

1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana.

2. Perlahankan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)

3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.

4. Masukkan adunan dalam piping bag.

Resepi Mudah Buat Churros
gambar sumber google


5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau tak ada baking paper, boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). 


6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.

7.  Salutkan churros dengan gula halus atau coklat !

8. Sedia untuk dihidang!


Sumber resipi : facebook Masak Apa Hari Ini

You Might Also Like

5 comments

  1. boleh cuba nii...bahan pon ringkas je..

    ReplyDelete
  2. teringin nak buat.. baking.. tapi dkna ni malas tahap babun gitu.. hahaha.. lebih rela beli jer. kena tunggu anak besar dan ramai, baru puas hati masak sebab ramai yang makan..

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat mummy...
    nieyl penah buat 2x..sedap...hihihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab