RESIPI KUIH RAYA PILIHAN 2016: Peanut Butter & Cornflakes Pops

09:05

Tak lama lagi, nak Raya 2016 pejam celik pejam celik.. lebih kurang lagi 2 bulan sahaja. Tapi, persiapan buat kuih raya, bulan Ramadhan dah kene mula. Seperti biasa.. beberapa tahun sudah, banyak kuih tunjuk sahaja untuk Ramadhan. Mummy dan daddy suka kekacang, kerepek, asam dan gula-gula diletakkan di dalam balang kuih raya. Kuih raya yang betul kuih hanya ada dalam 2-3 jenis sahaja. Tu pun, kuih tunjuk juga ! Tahun ini, macam ada semangat rajin. Terasa nak buat kuih raya. Terjumpa pulak resipi kuih raya mudah tak payah pakai oven, tak perlu bakar. 

RESIPI KUIH RAYA PILIHAN 2016: Peanut Butter & Cornflakes Pops


Idea kuih raya 'instant' tak payah bakar, jimat duit dan InsyaAllah sedaaaappp! Semestinya resipi #izzymeals! 

RESIPI KUIH RAYA PILIHAN 2016: Peanut Butter & Cornflakes Pops

Bahan-bahan Peanut Butter & Cornflakes Pops




1/2 cawan gula
1/2 cawan madu
250gm smooth peanut butter
Secubit garam (Izyan buh banyak sikit sebab suka sweet-salty heheh)
4 cawan cornflakes (bulih buh lebih kalau takmau manih-manih)
Segenggam badam nibs - disangai


Cara-cara Buat Peanut Butter & Cornflakes Pops

1. Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.


2. Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.

3. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. Taburkan almonds semasa menggaul.

4. Masa tengah suam-suam ni bentukkan ikut kesukaan.  Buat bulat-bulat pun boleh! Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sejuk dan atau letak dalam chiller untuk sejukkan cara cepat.

5. Hiasan bebas mengikut kreativiti. 

Idea kuih raya ini dah lama, dah pernah dikongsikan dulu.  Tapi, mummy reshare balik. Sebab Ramadhan 2016 lagi 3 minggu je kan !

Selamat mencuba semua :-)

Kredit : Izyan

You Might Also Like

3 comments

  1. Mudah juga resepinya.. nanti boleh cuba.. dah lama tak masak kuih raya... huaaaaaaaaaaa fefeeeliinggg nak raya dah ni..

    ReplyDelete
  2. Senang je ni, nak buat lah nanti. Hahah. Semangat ni !

    ReplyDelete
  3. aida kopipes ekk ni kat henfon.
    mcm senang. ala-ala cornflakes madu :)
    tq linda.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab