SELEPAS CUACA EL NINO, LA NINA PULA AKAN MELANDA NEGARA


Bumi sudah tua, cuaca El Nino sedang melanda dan belum berakhir lagi. Semalam, keluar berita hangat pula tentang La-Nina bermula bulan Jun sehingga Oktober 2016. Dengan ini, negara akan berhadapan dengan dua keadaan cuaca berbeza iaitu cuaca panas kering El Nino yang membawa kepada jerebu dan fenomena La-Nina yang boleh menyebabkan banjir.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walau bagaimanapun kajian Pusat Meteorologi Khas ASEAN memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berkemungkinan mencatatkan jerebu sederhana berikutan kedatangan La-Nina pada waktu yang sama.
Katanya, fenomena La Nina dijangka menyebabkan beberapa negeri dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.



APAKAH ITU EL NINO DAN LA NINA


Secara ringkasnya Fenomena El Nino ialah perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau teruk. Fenomena La Nina pula perubahan cuaca sejuk yang teruk dan menyebabkan hujan.




El Nino 

El Nino berlaku apabila cuaca panas berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat. Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan.

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami. 

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama. 

Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.




La Nina (Berlawanan bagi El Nino)

Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nina - keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang lebih dan hujan lebat. 

Semasa keadaan-keadaan La Nina, tekanan atmosfera yang tinggi terbentuk di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan rendah berkedudukan lebih ke arah Pasifik barat.


5 comments on "SELEPAS CUACA EL NINO, LA NINA PULA AKAN MELANDA NEGARA"
  1. Da nampak da fenomena La Nina sesikit.. da start hujan.. cuaca pun mendung suam suam kuku..

    ReplyDelete
  2. Thanks mummy sharing...
    nieyl baru tahu ada La Nina nie...
    Ada beberapa kawan setikar tempat tinggal nieyl dah banjir dah..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..takutnyee...banjirr...semoga kita semua di lindungi dari musibah ini..

    ReplyDelete
  4. Huwaa macam macam sekarang ni. Semalam nani nampak orang tulis pasal LA NINA ni ingatkan benda apa lah.

    ReplyDelete
  5. cuaca yg da x menentu.
    mcm2 fenomena da sampai :(

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com