Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah..berkesempatan sertai satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?




Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

13 TIPS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016

Bila sebut nak raya, mesti teringat kampung halaman. Kan? Dengar lagu raya pun, teringat kampung halaman juga. Allahuakbar...betapa seronoknya beraya Aidilfitri ni,kan? Ni lah masanya untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Masa untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Tapi..dalam bersuka-suka tu, jangan lupa jaga keselamatan diri dan rumah di Aidilfitri.

Bagaimana nak jaga keselamatan rumah yang kita tinggalkan sempena Raya Aidilfitri? Jom baca tips di bawah ini :-


13 TIPS SELAMAT PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016



  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalakn rumah walaupun keluar sekejap sahaja.
  • Jangan sembunyikan kunci dalam pasu
  • Jangan tinggalkan nota bahawa kita nak tingglkan rumah
  • Jangan langgan apa-apa surata khabar apabila tiada di rumah
  • Tukat mangga kunci yang baru. Jika pernah kehilangan anak kunci yang lama
  • Elakkan tinggal kunci pada orang lain 
  • Simpan tool, tangga atau alatan membaiki di tempat selamat utnuk elakkan peneroboh menggunakkan tools.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radioa, lampu terpasang atau pasang timer (alatan kawalan )
  • Jika ada telefon di rumah, cabut wayar..
  • Serati program kejiranan, bersama polis dan komuniti
  • Berikan no telefon kepada Balai Polis yang berdekatan
  • Pastikan kawasan rumah bersih dari lalang atau semak samun (untuk elakkan penyamun bersembunyi) - untuk rumah teres
  • Pastikan sekitar pagar tidak mempunyai pokok yang boleh penceroboh memasuki rumah dengan mudah (untuk rumah teres)

ISI BORANG MAKLUMAT KE BALAI POLIS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG CUTI AIDILFITRI 2016


Klik gambar untuk muat turun borang

Tips lain, sebelum balik ke kampung sebelum bercuti sambutan Aidilfitri 2016. Jangan lupa isi borang balik kampung. Hantar ke Balai Polis berhampiran rumah je. Mudah,kan !

Mummy doakan semoga perjalanan kawan-kawan mummy selamat utnuk berhari raya bersama insan tersayang. Pandu cermat ye. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Gelongsor Buai Anak Untuk Main Letak Dalam Rumah !

Lama betul nak cerita bab gelongsor buaian anak-anak. Tapi, dari sehari ke sehari dapat menulis sedikit demi sedikit je. Kisah hari jadi Dhia Batrisya, daddy nak belikan gelongsor mainan yang boleh di letakkan dalam rumah. Bila Dhia dapat tahu plan daddy, terus tak sabar nak beli gelongsor mainan. Manakala tok maknya pula, suruh belikan aje. Alahai anak, untung la ada tok mak tu ! Tok mak dok support je kehendak korang ni ! Mummy pun terus survey dlu harga dan gelongsor mainan yang sesuai untuk Dhia.



Dhia dan Dzal suka main gelongsor dan buai di taman permainan. Kadang kala, kami bawa mereka ke rumah adik ipar untuk main gelongsor. Tapi, sampai bila nak main rumah orang,kan? Nak bawa taman, cuaca sekarang terik (hari tu, El Nino). Memang kene kurangkan aktiviti yang terdedah dengan matahari ni. Sedang kita pun tak tahan dengan panas terik tu…apatah lagi budak-budak. Betul tak?


Daddy pulak, pergi berjanji nak belikan gelongsor. Nak ikutkan, nak tunggu gaji hujung bulan. Dhia budak-budak lagi, mana faham hujung bulan ke tidak. Dalam pada mummy dok survey-survey. Dhia pun meronta-ronta nak gelongsor.

Tok mak pula bagi green light untuk beli. Nak sponsor untuk hadiah hari jadi Dhia Batrisya yang ketiga tahun konon-kononnya. Merangkap hadiah untuk Dzal sekali bulan Jun juga :)



Antara tempat mummy survey ialah :-

Di USL Education :


Buai ada sales RM94

Nampak rumah ni, nak rumah pulak. Harga RM1K +

gelongsor budak yang ada buaian RM700++

Gelongsor sahaja RM300++ dah boleh dapat

comel je..sesuai letak dalam rumah

offer jadi RM179, tapi agak ringan dan taka da pemegang


yang ni murah ada diskaun, tapi panjang dan lebar pulak ! Harga tak sampai RM200


Duduk dalam USL Education ni, jadik tak tahu nak beli yang mana. Terus zass ke Tesco Kajang pula. Survey kot-kot ada buai dan gelongsor anak.





Sudahnya, memilih beli di Tesco Kajang. Harga asal RM700++, selepas diskaun jadi RM349+.  Datang dengan tok mak ada tinggal 4 je gelongsor buai ini. Malam masa nak beli dengan daddy, tinggal 2 set sahaja. Oh, nasib baik datang cepat.

Terima kasih daddy dan tok mak ! Belikan untuk Dhia dan Dzal gelongsor buai.

Lepas tu, terus rasa malu nak ajak kawan-kawan datang rumah, sebab rumah kami dah macam kindergarden, penuh dengan mainan dan gelongsor buai. 

Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, Kailan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

Salam 24 Ramadhan ! Dah pening nak masak apa? Dah tak tahu nak makan apa untuk buka puasa? Mummy pun gitu, dah tengah hari ini, mula lah pikir menu apa nak masak. Jom tengok lauk buka puasa mummy yang lepas, kot-kot ada yang nak idea memasak ke kan. Menu mudah je ni. Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam, Kailan Goreng Ikan Masin, Udang Goreng Kunyit dan Udang Sweet Sour

Menu Mudah 30 Hari Ramadhan 2016 - Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam, Kailan Goreng Ikan Masin, Udang Goreng Kunyit dan Udang Sweet Sour


Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

Lauk Buka Puasa di Rumah

IKAN TENGGIRI GORENG MASAK ASAM


Menu peberet masa dalam pantang ni hehehe. Sebenarnya menu diet dan menu mudah masak juga ni. Allah, banyak nau kategori dia nak masuk ye ! Ok korang mesti dah pernah tahu cara masaknya kan. Tapi, kalau ada yang tak tahu lagi. Jom tengok resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam versi mummy :)

  • 2 ketul Ikan Tenggiri - Goreng dengan sedikit kunyit bersama garam di ketepikan
  • Bawang besar hiris bulat2 separuh
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Air Asam jawa 2 gelas.
  • Garam
  • Cili api (ikut suka nak letak ke tidak)


Cara Masak:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia.
2. Masukkan air asam jawa. Asam jawa dalam satu sudu besar. 
3. Agak-agak dah masak, masukkan garam secukupnya.
4. Jirus atas ikan tenggiri dalam pinggan.

Siap.


Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

KAILAN GORENG IKAN MASIN

  • Kailan RM2.00
  • Bawang merah besar 1/2 biji
  • Bawang merah kecil 1 biji, bawang putih 1 ulas dan sedikit halia (hiris / di tumbuk)
  • Garam
  • Ikan masin potong kecil (goreng dahulu- sebab saya suka ranggup)
CARA MASAK
  1. Tumis bawang dan halia. Masukkan kailan dan garam.
  2. Angkat
  3. Taburkan dengan ikan masin




Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng


UDANG GORENG KUNYIT


Lumurkan kunyit dan garam. Goreng hingga masak

Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

UDANG SWEET SOUR LEMON

  • Goreng Udang bersama garam dan kunyit (ketepikan)

  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
  • Masukkan kayu manis dan buah pelaga
  • Masukkan 1 sudu kecil cili boh, 1 sudu besar sos tomato dan 1 susu besar sos cili
  • Letakkan sedikit garam dan gula
  • Masukkan udang yang telah di goreng dan perahkan jus buah lemon setengah biji 
Ha...mudah tak? Sekali 4 resepi terus ! 




Nanowhite | Set Penjagaan Asas Yang Dapat Bantu Cerahkan Kulit Secara Berpanjangan


Nanowhite | Set Penjagaan Asas Yang Dapat Bantu Cerahkan KulitKulit cerah sawo matang macam mummy, tak bermakna kulit mummy tak perlu di jaga. Eh..eh..cerah ke kulit mummy? hehehe. Dah orang lain kata cerah, mummy pun akui lah kulit mummy cerah. Tapi tak secerah putih salju. Kulit yang cerah ni lagi bahaya tau ! Tak di jaga ...mau nampak cacat celanya. Mummy ada mencuba produk Nanowhite yang di formulasi dari Jepun. Khas untuk orang Asia untuk cerah dan berseri ! Siapa tak mahu cantik putih berseri,kan? Lagi-lagi nak raya ni..


Set penjagaan asas NanoWhite

CARA GUNA SET ASAS NANOWHITE :-

Langkah 1 :

nanowhite Snow Wash

Nanowhite - Awakening Snow Wash

Pertama sekali, mummy cucikan muka dengan Nanowhite Snow Wash. Nampak macam 'snow' gitu. Best pakai Snow Wash ini, sebab tak tegangkan kulit dan lepas cuci kulit lembut je ! 

Nanowhite - Awakening Snow Wash mempunyai nano teknologi yang dapat cerahkan kulit, segarkan kulit, serikan kulit dan juga dapat membantu merawat kulit.

nanowhite Snow Wash

Picit dalam setengah cm Nanowhite Snow Wash dan basahkan di atas tapak tangan. Terus usap ke wajah. Cuci hingga bersih. Gunakan dua kali sehari. Tapi, mummy gunakan tiap kali selepas cuci make-up !

Harga Nanowhite Snow Wash ialah RM16.85 -100gm

Langkah 2:


Selesai mencuci wajah, mummy segarkan dengan Nanowhite Moisturing Lotion 

Letakkan sedikit di tapak tangan sapu rata di wajah sehingga betul-betul meresap ke kulit wajah dan leher. Sampil tepuk-tepuk manja. 

Nanowhite Moisturing Lotion

Mudah meresap, tekstur ringan dan juga PH balanced. Diformulasikan dari nano teknologi, Omega White-c dan juga bahan ekstrak semulajadi yang mampu mengurangkan bintik hitam, meningkatkan kelembapan kulit wajah selama 72 jam. Sesuai sangat untuk kulit mummy bekerja dalam air-cond yang boleh menyebabkan kulit kering.

Mummy gunakan nanowhite Moisturizing Lotion dua kali sehari atau selepas menggunakan nanowhite Snow Wash.

Harga Nanowhite Moisturing Lotion ialah RM29.90 - 100ml

Langkah 3 :


Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream

Apa pula kelebihan Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream ye? Ha..yang paling best ianya mempunyai esen yang pekat (concentrated essence), Vitamin C dan Vitamin E.  Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream dapat memberikan pencerahan yang maksimum dan prevent oxidation pada kulit untuk pencerahan kulit dalam jangka masa yang lama. ianya juga cepat meresap dan tidak melekit.

Harga Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream RM39.90 - 40gm

SET ASAS Nanowhite 



Inilah 3 jenis set asas Nanowhite yang sesuai untuk kulit wajah mummy. Juga sesuai untuk  kulit yang berumur 25 tahun ke atas. 

Antara 3 jenis set asas Nanowhite yang sedang mummy gunakan :-

  • Nanowhite Awakening Snow Wash
  • Nanowhite Moisturising Lotion
  • Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream



Mummy highly recommended Nanowhite di sebabkan teknologi nano dan bahan ekstrak semulajadi yang ada di dalamnya. Selain itu, harganya juga mampu milik. Peknya mudah di bawa ke mana sahaja. 

Nak cantik di hari raya..jom kita ber'nanowhite'

Oh ya..lupa mummy nak beritahu. Mummy dah sertai peraduan dari Nanowhite. Manatahu ada rezeki dapat ipad ke kan?

Kalau ada yang nak join dan nak menang macam mummy. Senang je. ...Sertai di SINI


Untuk keterangan lanjut mengenai NanoWhite, boleh layari :-


Resepi Mudah 30 Hari Ramadhan Hati Kering



Salam Ramadhan, dah hari ke 23 kita berpuasa kan ! Lagi seminggu lagi nak raya. Raya..raya jugak ! Dapur pun kene berasap jugak ni ! Hehehe. Menu mudah resipi 30 Hari Ramadhan ialah Hati Kering ! 


Hati Kering Goreng Garing Dengan Cili Padi dan Bawang Besar.



Hati Kering? Korang tau ke apa itu hati kering? Hati ayam tu yang kering. Hehehehe. Semalam, mummy update masakan ni kat ig dan facebook. Ada yang taye kenapa hati kering? Sebab..mummy goreng sampai kering. Tetiba tekak nak makan yang goreng-goreng, pedas-pedas. Terhasil la masakan itu .


Resipi mudah..mummy pasti semua orang pun pandai buat.
Really recommended pada orang yang kejar masa untuk masak. 

RESIPI MUDAH : Hati Kering Goreng Garing Dengan Cili Padi dan Bawang Besar.








1. Hati ayam potong kecil


2. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.


3. Goreng garing dalam 5 min api sederhana.


4. Masukkan hirisan bawang besar dan cili api potong.


5. Gaul…Siap !






Boleh juga tukarkan hati ayam tu pada daging ke ayam. Selamat menjamu selera !

Sambutan Hari Jadi Dzal 2 Tahun di Bangi Golf Resort !

Pagi-pagi dah tunjuk gambar makanan lagi, kan. Hehehe ni majlis berbuka puasa buat kali ketiga tahun ini di Bangi Golf Resort (BGR). Dasyat kan mummy...asyik ke BGR sahaja ! Dekat dengan rumah katanya ;)

Kalau ke BGR ni tak sah..kalau tak pekena telur Soft Boiled Egg with Mushroom Espuma. Antara makanan peberet mummy di Bangi Golf Resort ni.


Aumssss... tak tahu nak ckp macamana rasanya. Tapi yang penting. Memang sedap dap dap !



Dzal Aidi Fiqry pun suka. Boiled Egg ni. Tiap kali datang. Mesti dapatkan untuknya !


Berbuka puasa sekali dengan pemenang GIVEAWAY a.k.a family in law. Eh..pertandingan tu tak bias tau ! Boleh tonton video dari youtube mummy ;)


Beratur ambil western food. Kita selfie dulu. Western food dan italian food do Bangi Golf Resort ini antara favourite mummy juga !


Sambutan Hari Jadi Dzal 2 Tahun di Bangi Golf Resort !







Dah terlanjur birthday Dzal Aidi Fiqry jatuh hari yang sama. Kita bawa kek terus. Buat small celebration. Staff BGR awat nyorok? Tak sudi bergambar sekali ke? Eh..saje je gurau... Tengah kerja kan ! Tak pe..nanti next week, kita selfie...nak berbuka puasa lagi di BGR untuk minggu akhir Ramadhan. Nanti kita selfie !



Terima kasih BANGI GOLF RESORT dan AURORA BUSKER. Siap ada nyanyian lagu birthday untuk Dzal Aidi Fiqry 



Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

RENDANG DAGING ?? Baru 22 Ramadhan kot..takkan dah makan menu Raya ! Tak pe lah, orang nak cakap apa pun. Janji perut daddy kenyang. Daddy yang request nak makan rendang daging. Dok borak-borak laki bini cerita planning untuk raya nanti nak masak apa? Nak masak bila? Nak beli barang masak bila? Sudahnya..semua kecur nak makan rendang daging. Terus beli bahan-bahan dan masak rendang daging ! Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan - Rendang Daging Azlinda Alin

Kami laki bini memang kuat merancang hehehe. Kebanyakkan benda suka plan awal-awal. Supaya tak kelam kabut, boleh rehat dengan tenang dan berjimba ! Balik kampung nanti pun mudah. Tak adalah terkial-kial, kan ! Dan.. lagi mudah..bila kita tahu laki kita nak makan apa. Tu paling penting kene jaga !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

Rendang daging resipi sendiri, tak tahu la umpph ke idak. Sebenarnya ada satu bahan wajib yang tertinggal. Lupa beli daun limau perut. Ada setengah orang tak suka letak. Mummy suka ketak. Tapi, lupa beli pulak ! Nak mudah kan resepi rendang daging ni. Kita proceed je lah !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin


BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK RENDANG DAGING

Bahan Kisar :-

  • Segengam cili kering (Gunting dan rebus)
  • 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari Halia
  • Sedikit Lengkuas dalam 3 cm
  • 3 batang serai

  • Daging 1/2 kg
  • Air Asam Jawa - 1 sudu besar asam jawa
  • Daun Kunyit (hiris halus)
  • Kerisik (2 paket)
  • Setengah biji kelapa - ambil santan
  • Daun Limau Perut
  • Garam 1 sudu kecil


CARA MUDAH MASAK RENDANG DAGING


Semua resepi mudah-mudah je mummy buat. Cara nak masak pun mudah je. Yang penting sodap ! hehehe 

1. Tumis semua bahan kisar hingga garing

2. Masukkan air asam jawa


3. Dah didih, masukkan daging sehingga agak-agak empuk. Kemudian masukkan, santan kelapa.

4. Daging dah empuk, masukkan kerisik dan garam. Sebatikan hingga kering.

5. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.

Siap !

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Mummy tambah koleksi tudung /shawl lagi. Kali ini, tudung /shawl dari Instant Shawl Flora Floos pulak ! Biasalah orang perempuan,kan ! Perempuan mana yang tak suka buat koleksi tudung / shawl, kan? Tudung penuh satu almari pun, tetap kata tak cukup tudung / shawl. Walaupun dah ada berpuluh-puluh tudung dalam almari. Bila nak pakai dan pilih tudung / shawl tetap merasakan tak ada tudung /shawl yang sesuai unTuk di pakai ! Terasa nak cari dan mencari lagi koleksi tudung / shawl. Betul tak? Bagi yang belum beli tudung raya tu kan. Jom..tengok koleksi Instant Shawl Flora Floos ini. Kot-kot menepati citarasa ataupun boleh matching warna dengan tema baju raya 2016.

JESAMINE BY FLORA FLOOS - PRINTED INSTANT SHAWL FLORA FLOOS 


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Trending shawl sekarang ialah printed shawl. Mummy dapat informasi dari Flora Floos Boutique. Printed Shawl Flora Floos sangat laku keras. Mummy pun akui, memang terasa macam comel je bila pakai printed shawl Flora Floos ini.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !


Printed Instant Shawl Flora Floos ini mudah di gayakan. Nak labuh pun boleh, nak singkatkan pun boleh. Memang bidangnya besar !

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Tak jarang dan sejuk je bila pakai ! Jenis kainnya pula dari Korean chiffon / chiffon georgette.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Buat masa ini, ada 6 jenis Printed Shawl dari Flora Floos yang mummy dah jatuh cinta ! Semua lawa-lawa ! Nanti mummy nak belilah lagi. Nak dapatkan semua koleksi Printed Shawl dari Flora Floos

PRINTED INSTANT SHAWAL FLORA FLOOS DI RANCANGAN ASTRO OASIS


Annisa - Wanita Terbaik (astro oasis) 
Ustazah Isfadiah



Sediakan Payung Sebelum Rumah (astro oasis) Yaya dan Intan



Nak dapatkan Instant Shawl ni pada harga yang murah? Kebetulan, sekarang ini Flora Floos Boutique buat SALES RAYA 2016. Sehelai Printed Shawl dari Flora Floos hanya RM39 sahaja. Beli 3 helai, percuma POSTAGE ! 

Berbaloi, kan?


PILIHAN TUDUNG RAYA 2016 INSTANT SHAWL DARI FLORA FLOOS PRINTED DAN PLAIN


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Ini bukan Instant Shawl Flora Floos yang pertama untuk mummy. Sebelum ini, mummy pernah melaram Instant Shawl Flora Floos warna light purple . Mummy serasi dengan Instant Shawl Flora Floos. Jadi, pilihan Instant Shawl Flora Floos tudung raya 2016 mummy tahun ini ialah printed dan plain warna hijau muda !


AMANDA BY FLORA FLOOS - PLAIN DESIGN INSTANT SHAWL FLORA FLOOS 


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Comel tak Plain Instant Shawl Flora Floos ? Ada bunga comel di situ, Celadone - Amanda Collection adalah pilihan mummy. Boleh sedondonkan dengan jubah raya mummy yang berwarna hijau tu nanti !


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Siap ada metal tagging lagi tu ! Nampak esklusif Plain Instant Shawl Flora Floos

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Apa yang mummy perasan,kan...nampak kurus muka mummy bila gayakan Plain Instant Shawl Flora Floos. Bab nampak kurus ini..yang buatkan mummy bertambah sayang dengan Plain Instant Shawl Flora Floos.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Plain Instant Shawl Flora Floos ini dari chiffon crepe sejuk, tak panas, mudah gosok dan mudah di gayakan ! Nak labuh, tak nak labuh pun boleh kasik adjust



Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

6 pilihan warna koleksi Plain Instant Shawl Flora Floos . Dua darinya mummy dah ada, tinggal 4 warna lagi untuk di aim. 

PLAIN INSTANT SHAWAL FLORA FLOOS DI RANCANGAN ASTRO OASIS



Annisa - Wanita Terbaik (astro oasis) 
Ustazah Isfadiah



Sediakan Payung Sebelum Rumah (astro oasis) Yaya dan Intan


Nak kene beli sekarang, ka? Haruslah buat pembelian sekarang...sebab ada SALES RAYA 2016.

BELI 2, PERCUMA 1. 

Kiranya .. RM90 dapat 3 helai Plain Instant Shawl Flora Floos. JIMAT SANGAT ni  !!


CARA PAKAI INSTANT SHAWL DARI FLORA FLOOS

Dok cerita panjang lebar,..lupa pula nak share kan cara pemakaian Instant Shawl Flora Floos. Siap tutorial mummy kongsikan. Dah boleh cuba belajar pakai. Nanti tak ada lah kekoh nak pakai di Hari Raya. Ok..jom kita tengok cara mudah pakai Instant Shawl Flora Floos



Jesamine by Flora Floos - Printed Instant Shawl 



Amanda by Flora Floos - Plain Instant Shawl

BAGAIMANA NAK BUAT PEMBELIAN?

Mudah je berurusan dengan Flora Floos Boutique, hanya Whatsapps kan bukti pembayaran ke +601132609666

Pihak Flora Floos Boutique akan selesaikan pengeposan. Perkhidmatannya cepat tau ! Trusted seller !

Nak tahu promosi-promosi terkini? Jangan lupa layari :

Whatsapp : +601132609666