Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, Kailan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

Salam 24 Ramadhan ! Dah pening nak masak apa? Dah tak tahu nak makan apa untuk buka puasa? Mummy p...

Salam 24 Ramadhan ! Dah pening nak masak apa? Dah tak tahu nak makan apa untuk buka puasa? Mummy pun gitu, dah tengah hari ini, mula lah pikir menu apa nak masak. Jom tengok lauk buka puasa mummy yang lepas, kot-kot ada yang nak idea memasak ke kan. Menu mudah je ni. Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam, Kailan Goreng Ikan Masin, Udang Goreng Kunyit dan Udang Sweet Sour

Menu Mudah 30 Hari Ramadhan 2016 - Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam, Kailan Goreng Ikan Masin, Udang Goreng Kunyit dan Udang Sweet Sour


Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

Lauk Buka Puasa di Rumah

IKAN TENGGIRI GORENG MASAK ASAM


Menu peberet masa dalam pantang ni hehehe. Sebenarnya menu diet dan menu mudah masak juga ni. Allah, banyak nau kategori dia nak masuk ye ! Ok korang mesti dah pernah tahu cara masaknya kan. Tapi, kalau ada yang tak tahu lagi. Jom tengok resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Asam versi mummy :)

  • 2 ketul Ikan Tenggiri - Goreng dengan sedikit kunyit bersama garam di ketepikan
  • Bawang besar hiris bulat2 separuh
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Air Asam jawa 2 gelas.
  • Garam
  • Cili api (ikut suka nak letak ke tidak)


Cara Masak:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia.
2. Masukkan air asam jawa. Asam jawa dalam satu sudu besar. 
3. Agak-agak dah masak, masukkan garam secukupnya.
4. Jirus atas ikan tenggiri dalam pinggan.

Siap.


Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

KAILAN GORENG IKAN MASIN

  • Kailan RM2.00
  • Bawang merah besar 1/2 biji
  • Bawang merah kecil 1 biji, bawang putih 1 ulas dan sedikit halia (hiris / di tumbuk)
  • Garam
  • Ikan masin potong kecil (goreng dahulu- sebab saya suka ranggup)
CARA MASAK
  1. Tumis bawang dan halia. Masukkan kailan dan garam.
  2. Angkat
  3. Taburkan dengan ikan masin




Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng


UDANG GORENG KUNYIT


Lumurkan kunyit dan garam. Goreng hingga masak

Lauk Buka Puasa di Rumah Ikan Tenggiri Goreng Asam, KAilan Ikan Masin, Udang Sweet Sour Lemon dan Udang Goreng

UDANG SWEET SOUR LEMON

  • Goreng Udang bersama garam dan kunyit (ketepikan)

  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
  • Masukkan kayu manis dan buah pelaga
  • Masukkan 1 sudu kecil cili boh, 1 sudu besar sos tomato dan 1 susu besar sos cili
  • Letakkan sedikit garam dan gula
  • Masukkan udang yang telah di goreng dan perahkan jus buah lemon setengah biji 
Ha...mudah tak? Sekali 4 resepi terus ! 




You Might Also Like

4 comments

  1. Huishh mengancammmm Udang Sweet Sour tu.. Nyummm nyumm nyumm!

    ReplyDelete
  2. Semuanya sedap....geram akak tgok..sejAK Umur dh meningkat Ni..akak notice akak suka masak

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda