Gelongsor Buai Anak Untuk Main Letak Dalam Rumah !

08:32

Lama betul nak cerita bab gelongsor buaian anak-anak. Tapi, dari sehari ke sehari dapat menulis sedikit demi sedikit je. Kisah hari jadi Dhia Batrisya, daddy nak belikan gelongsor mainan yang boleh di letakkan dalam rumah. Bila Dhia dapat tahu plan daddy, terus tak sabar nak beli gelongsor mainan. Manakala tok maknya pula, suruh belikan aje. Alahai anak, untung la ada tok mak tu ! Tok mak dok support je kehendak korang ni ! Mummy pun terus survey dlu harga dan gelongsor mainan yang sesuai untuk Dhia.



Dhia dan Dzal suka main gelongsor dan buai di taman permainan. Kadang kala, kami bawa mereka ke rumah adik ipar untuk main gelongsor. Tapi, sampai bila nak main rumah orang,kan? Nak bawa taman, cuaca sekarang terik (hari tu, El Nino). Memang kene kurangkan aktiviti yang terdedah dengan matahari ni. Sedang kita pun tak tahan dengan panas terik tu…apatah lagi budak-budak. Betul tak?


Daddy pulak, pergi berjanji nak belikan gelongsor. Nak ikutkan, nak tunggu gaji hujung bulan. Dhia budak-budak lagi, mana faham hujung bulan ke tidak. Dalam pada mummy dok survey-survey. Dhia pun meronta-ronta nak gelongsor.

Tok mak pula bagi green light untuk beli. Nak sponsor untuk hadiah hari jadi Dhia Batrisya yang ketiga tahun konon-kononnya. Merangkap hadiah untuk Dzal sekali bulan Jun juga :)



Antara tempat mummy survey ialah :-

Di USL Education :


Buai ada sales RM94

Nampak rumah ni, nak rumah pulak. Harga RM1K +

gelongsor budak yang ada buaian RM700++

Gelongsor sahaja RM300++ dah boleh dapat

comel je..sesuai letak dalam rumah

offer jadi RM179, tapi agak ringan dan taka da pemegang


yang ni murah ada diskaun, tapi panjang dan lebar pulak ! Harga tak sampai RM200


Duduk dalam USL Education ni, jadik tak tahu nak beli yang mana. Terus zass ke Tesco Kajang pula. Survey kot-kot ada buai dan gelongsor anak.





Sudahnya, memilih beli di Tesco Kajang. Harga asal RM700++, selepas diskaun jadi RM349+.  Datang dengan tok mak ada tinggal 4 je gelongsor buai ini. Malam masa nak beli dengan daddy, tinggal 2 set sahaja. Oh, nasib baik datang cepat.

Terima kasih daddy dan tok mak ! Belikan untuk Dhia dan Dzal gelongsor buai.

Lepas tu, terus rasa malu nak ajak kawan-kawan datang rumah, sebab rumah kami dah macam kindergarden, penuh dengan mainan dan gelongsor buai. 

You Might Also Like

8 comments

  1. selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin ye kak..esok yaya balek kampung da..doakan ye...

    ReplyDelete
  2. Murah tu Linda..
    Dapat RM300+++
    Kalau nenek ,
    memang kegembiraan cucu-cucunya yg didahulukan..
    Raya ni lagi meriah tu Linda..
    Bila datang raya rumah Linda..
    Tentu sepupu yg sama baya dgn Dhia bermain sama :)

    Selamat hari raya maaf zahir batin Linda..
    Ucapan awal, mana tahu dah sibuk nak raya ..
    Tak sempat nak komen disini meminta maaf..

    ReplyDelete
  3. Seronok Dhia. hehe. Takpe ajak kawa2n yg ada anak2. boleh main sekali ><

    Selaamt hari raya aidilfitri Maaf Zahir Batin mummy :D

    ReplyDelete
  4. teringin gak nak beli letak kat rumah, tapi bila kenangkan dalam rumah tu, ruang tak berapa mengizinkan, ermmm.. hajat tak tercapai.. bawak jer la anak jarang-jarang sekali main kat taman..

    ReplyDelete
  5. wah,murahnya..best ada gelongsor nie..tak payah bawa anak p taman..hehe..fiqa pun teringin gak nak beli tp simpan dulu lah hajat tu..

    ReplyDelete
  6. Boleh Tahan gak harganya ye..aeeonok budak2 bila dh ada mainan macam Ni kat rumah...

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya ada gelongsor dalam rumah. Bila-bila boleh main ๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab