Oh Meriahnya Raya 2016 Di Jakel Kuala Lumpur !

16:15

Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur | Sabtu lepas 4 Jun 2016, mummy sekeluarga sempat singgah ke Jakel Kuala Lumpur untuk bersama-sama menjayakan Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur. Kebetulan ada aktiviti di Maju Junction. Dari Maju Junction, gigih kami menapak anak beranak ! Orang ramai sangat, sepanjang Jalan TAR ! Dah macam esok nak Raya !

Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur

Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur


Koleksi baju Melayu Aa­ron Aziz, Nabil Ahmad, Jep Sepahtu dan Datuk Ac Mizal keluaran syarikat tekstil Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel), yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini mendapat sambutan hangat apabila diserbu peminat pada kempen OHH! Meriahnya Raya bersama Jakel di sini hari ini.

Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur


Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, koleksi baharu yang diperkenalkan bermula tahun ini mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak dengan penggunaan fabrik dan warna yang berbeza.


Menurutnya, baju-baju tersebut ditawarkan pada harga berbeza bergantung pada rekaan dan kualiti, berikutan Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi mampu milik manakala baju Melayu Jep Sepahtu dan baju Melayu Datuk Ac Mizal pula untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya tahun ini.

“Sempena kempen ini, pihak kami menawarkan 500 pasang baju Melayu secara percuma kepada 500 pengunjung yang terawal dan boleh menjawab kuiz berkaitan dengan koleksi Jakel.

“Selain itu, pihak Jakel juga membuat lelongan yang merupakan pengenalan kepada semua baju Melayu dan jubah duta lelaki Jakel dan baju kurung serta jubah duta wanita Jakel 2016 dan sam­butannya amat menggalakkan sehingga tengah hari tadi berikutan baju Melayu sahaja sudah terjual sebanyak 17,000 pasang.

Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur


Yang turut hadir dalam kempen ini ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Jakel, Datuk Nizam Mohamed Jakel serta selebriti tanah air Nabil Ahmad, Datuk Ac Mizal, Aaron Aziz, Jep Sepahtu, Awal Asaahari, Scha Al-Yayha, Lara Alana dan Ayda Jebat yang turut mengendalikan lelongan pada sesi happy hour bersama maskot komik Upin dan Ipin.

Dalam pada itu, Jakel juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama dengan Duta Raya Jakel ke cawangan Jakel lain seperti Jakel Shah Alam, Jakel Johor Bahru, Jakel Sabah dan Jakel Sungai Petani sebelum berakhir di Jakel Alor Setar pada 2 Julai ini.



Oh Meriahnya Raya 2016 di Jakel Kuala Lumpur

Tadaaaa...muka wanita bahagia kalau dapat ke butik kain baju. Tak sah...tak bawa balik ole-ole dari Jakel. Hahahaha bertabahlah encik asben dan anak-anak mengikut kehendak mummy ni, ha !

Kali kedua ni shopping kat Jakel. Beberapa bulan lepas shopping di Jakel Shah Alam untuk cari samping Upin Ipin si Dzal.

Mana yang tak sempat nak cuci mata di Jakel...boleh cuci mata via online juga ;) :-

Website : www.jakel.my

You Might Also Like

1 comments

  1. Linda dapat baju apa...macam best jer kan..rugi akak tak pergi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab