Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood  |  Mummy suka Tom Yam, kadang-kadang makan dengan ...

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood Mummy suka Tom Yam, kadang-kadang makan dengan bihun dan kadang-kadang makan dengan nasi. Ataupun, hirup meratah gitu je. Perghhhhh... Tetiba diri sendiri terliur akan masam, masin pedas Tom Yam Seafood pulak. Menu Tom Yam ini adalah menu paling mudah masak, orang kata campak-campak siap. Semalam masa nak masak Tom Yam Seafood, mak kata..orang buta pun boleh masak ni hehehehe. Ok, Jom selak Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood....

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood


Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam


Bahan-bahan Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood :

  • 6 Ekor Udang saiz L
  • Sotong panjang - 1 ekor

Bahan A 

  • Blender / Kisarkan Halia 
  • 3 inci Bawang merah 
  • 6 ulas Cili api 
  • Pes Tom Yam (jika suka)
  • 20 biji lada merah (seeloknya yang dah masak berwarna merah). Mummy suka pakai cili boh buatan sendiri (cili kering rebus dan kisar)

Bahan-bahan lain 
  • Serai - 2 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
  • Bunga kubis 
  • Tomato - 3 biji (potong 4) 
  • Bawang besar - 1 biji (potong 4) 
  • Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
  • 1 biji Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
  • Tomato (akhir sekali)
  • Sawi (nak makan dengan bihun)
  • Air 
  • Garam 

Cara memasak Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Tom Yam Seafood:

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk dan daun limau. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air panas. Sotong dan udang. 
4. Pes tom yam di tambah (jika suka)
5. Masukkan juga... sayur bunga kobis, tomato dan bawang besar. Garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak dan tutupkan api. 
5. Akhir sekali masukkan sawi dan perahan air limau. Seimbangkan rasa masin dan masam.

Mummy masak Tom Yam untuk 3 dewasa makan. Tapi, oleh makan ulang-ulang berkali-kali :) Spesifiknya untuk 8 orang makan kot

Resipi lain : SINI dan SINI


You Might Also Like

5 comments

  1. Tom yam piun fav akak..dalam sebulan memang kena makan tomyam banyak kali...sedap...tgok linda post entry ni terus rasa nak buat tom yam

    ReplyDelete
  2. sedapnyeee...nanti nak try buat lah

    ReplyDelete
  3. Tomyam pon fav Sha. dapat pulak tomyam makan panas-panas pedas, peh. Berpeluh-peluh!

    ReplyDelete
  4. Jarang makan tomyam.. Ikot musim.. Hehe.. Kalau kena musim nak makan masam2 pedas baru cari tomyam.. Hehe..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, dapat hirup kuah memang nikmat !

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda