Resepi Mudah Ramadhan 2016 Udang Masak Sambal Serai

08:30

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Udang Masak Sambal Serai Salam...buja apa arini? Dah fikir menu buka? Mummy buka luar hari ini.. hari minggu ni mood masak kelaut. Tapi teringat  yang mummy lupa nak share satu resepi mudah yang mummy pernah masak. Sebelum terlambat, lebih baik simpan dalam blog dulu untuk rujukan akan datang. Pada rakan-rakan yang membaca entri ini nak cuba pun boleh Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Udang Masak Sambal Serai 


Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Udang Masak Sambal Serai

gambar sedang masak, belum siap lagi. Gambar dah masak tak ada dalam simpanan

Bahan-bahan Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Udang Masak Sambal Serai



600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 
4 batang serai 
100 gm cili kering (dalam 10-15) bergantung samada suka pedas ke tidak
1 biki besar bawang merah 
100 gm cili merah 
3 ulas bawang putih 
sedikit halia muda 
1 sudu besar pati asam jawa 
1/2 cawan pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Udang Masak Sambal Serai : 

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 

You Might Also Like

6 comments

  1. sedapnyaaa.. huhuu.. selera ni kalau berbuka makan ngn nasi panas-panas

    ReplyDelete
  2. bahan pun senang nak dpt dkt dapur. sap sapsap siap. fuhhh meleleh tgok gambaq T_T

    ReplyDelete
  3. Sedap kak Linda. Nanti boleh lah try resepi baru ni :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya udang!
    Makan dengan nasi panas + telur dadar. Peh. :)

    ReplyDelete
  5. nampak sedap ni, nanti nak cuba :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab