BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG

Salam Jumaat semua...dah mood weekend ke? Mesti esok ada yang dapat banyak invitation untuk open house raya, kan? Mummy pun ada 3 jemputan makan-makan raya esok, 1 jemputan kene tolak. Ampun, ya ! Jika mummy tak dapat datang tu. Jangan salah faham kot-kot ternampak timeline facebook dan instagram mummy. Mummy ke majlis lain. Jangan kecil hati tau. Petang ke malam esok pula, ada tetamu nak datang ke rumah mummy. Alhamdulillah :) Kita jamu menu simple simple mana yang sempat je ye.

Berbalik kisah weekend, kot-kot ada yang datang ke Kajang tu kan....bolehlah singgah ke Giant Prima Saujana Impian Kajang. Mummy dah singgah semalam, banyak baju kanak-kanak murah-murah. Clearance stock katanya. Beli 20 helai dalam RM18 je. Mana nak dapat baju baru anak-anak dalam RM1 - 1.50 sehelai. Boleh la buat basahan. Mana baju basahan Dhia dan Dzal yang dah buruk tu, boleh buang dah hehehe. Entah bila ye nak kemas almari baju dan sorting baju anak-anak tu. 

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG

Antara sebahagian baju Dhia dan Dzal, cantik-cantik juga baju yang ada..tapi, kene pandai pilih. Mummy tak sempat nak pilih lelama. Sebab sebelah rak pakaian kanak-kanak tu ada banyak barangan kaca. Anak-anak dah ke sana sini..takut kang pecah pulak barangan kaca tu. Udah nak kene bayar pulak kang nanti.


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
barang dapur pun banyak juga..tai tak ada harga clearance.


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
baju longgok-lonngok clearance tu yang mummy borong. Baju baru bukan second hand atau bundle 


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju untuk Bella harga asal tshirt tu RM14.99. Hadiah sepasang untuk anak buah sebab malam ni nak datang tidur rumah mummy

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Seluar tidur Dhia Batrisya


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Sepasang baju tidur Dhia..mummy mix and match ikut suka je :)


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur Dzal


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Dhia lagi..budak ni kene pink je.. Suka pink, tiap masa nak pakai baju pink


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur Dzal, mix and match mana yang ada je. RM7.99 tu harga asal


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju Dzal lagi

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur untuk Rayyan, anak buah mummy. Dia dan Bella akan tidur rumah mummy malam ni.


Kualiti pakaian ni ok juga...clearance sebab apa? Maybe sebab seluar dan baju tu pasangannya dah hilang. Mummy pergi semalam banyak stok habis. Tapi akan restock today kata pihak Giant Prima Saujana Kajang. Auuuummmm...sindrom mak-mak dah sampai. Macam nak borong lagi je hahaha.
6 comments on "BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG"
  1. nak singgah la balik kerja..mcm.best jer..buat baju basahan budak2

    ReplyDelete
  2. wah best tu.. tp jauh la pulak. Giant Shah Alam xde ke? huhu

    ReplyDelete
  3. bagus la klu cmtu...
    buat baju kat rumah kan...
    mana nak dpt rm1.00 skrg nie...

    ReplyDelete
  4. kena inform adik aida ni, linda.

    ReplyDelete
  5. Alahai... kalaulah dapat pergi, memang banyak nak diborong..
    Bukan selalu dapat harga runtuh macam ini..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com