Cup Cake Orian Tak HALAL

ORIAN Tiramisu Soft Cup Cake mummy terima dari rakan sekerja, almaklumlahkan raya. Semua kawan-kawan sekerja bagi loose hamper. Admin staffs di sini mummy seorang sahaja berbangsa Melayu dan beragama Islam. Memang kalau raya mummy sorang je lah yang akan dapat macam-macam. Tiba Deepavali...kene balas bagi rakan-rakan pula. Hehehe. Bercerita tentang ORIAN Tiramisu Soft Cup Cake, memang nampak sedap. Tapi, tak pernah mummy kenali brand ini. 

Cup Cake Orian Tak HALAL - TIRAMISU SOFT CUP CAKE


Cup Cake Orian Tak HALAL

Perkara pertama mummy tengok ianya dari mana. Ok..bila nampak ada Malaysia tu confident tinggi sedikit ! Selalunya produk Malaysia ni HALAL, kan?


Cup Cake Orian Tak HALAL

Baca pulak bahan-bahannya..huhuhu 70% tak faham. Macam benda-benda biasa je untuk kek. Confident nak makan tu ada lagi.

Cup Cake Orian Tak HALAL

Tetiap hari merenung ORIAN Tiramisu Soft Cup Cake, bila time lapar.. membuak-buak nak makan. Tapi, tak makan-makan pun. Dari awal Syawal sampai lah 17 Syawal mummy simpan kat meja ofis. Semua officemate dok tegur, kenapa tak makan? Kenapa tak bawa balik bagi anak makan? Ni.. HALAL ni :) 

Cup Cake Orian Tak HALAL

Gigih baca setiap tulisan yang ada dalam kotak, CONTAINS ALCOHOL rupanya. Allahuakbar. Patutlah berat nanang nak makan....dari sehari ke sehari. Rupa-rupanya, mummy dapat rasa ada tak kene dengan cupcakes ini.

Bukan rezeki mummy ni sebenarnya, rezeki orang lain cupcakes ini. 


10 comments on "Cup Cake Orian Tak HALAL"
  1. Bagus jugak amalkan periksa dulu contain, ingredients pada label makanan. Ini selalu wife saya buat.. pass kalu baru boleh makan.

    ReplyDelete
  2. nasib baik ada timbul rasa was was juga kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terperasan tulisan tu, linda.
    terselamat...
    yes. rezeki org lain :)

    ReplyDelete
  4. fuhh kak....nasb baik akk jenis teliti. Alhamdulillah terselamat.
    Bab makan ni memang kena hati hati kan kak. =)

    ReplyDelete
  5. Tq share.. saya bantu sebarkan....

    ReplyDelete
  6. Memang penting check dulu sebelum makan..kena amalkan sentiasa...

    ReplyDelete
  7. alahaii..takde rezeki lah nak makan...kat sini pun sama,ramai supplier yang kasi hamper,tapi diorang tak menitikberatkan pasal halal dan haram..semua campur...emmmm...

    ReplyDelete
  8. Mujur baca sampai habis..
    Pesanan yang bagus ni..
    Apa-apa pun kena check dan pastikan terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  9. Nasib baik akak tak sempat makan kan..kena check ingredients dahulu sebelum nak makan

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com