Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah

Maideasy, Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah - Salam Syawal semua ! Sekejap je kan dah 13 Syawal. Macam mana hari hujung minggu, semua? Banyak open house? Ke ada yang buat open haouse tak ajak mummy, ni? Hehehe Gurau je, ye ! Mummy tak ada rancangan nak buat open house lagi. Sebab daddy kene kerja Sabtu dan Ahad. Kerja kat site banyak katanya. Tak apa lah. Kita utamakan dan fokus pada mata pencarian. Lagipun dah seminggu cuti raya aritu. Puas dah beraya. Berbalik pada kesibukan daddy yang kerja Sabtu Ahad minggu lepas. Rumah kami agak kurang kemas, mummy buat juga kerja mengemas. Tapi ..tak boleh nak angkat itu ini, alih itu ini sangat. Perut bersalin opertion tu masih tak boleh angkat berat yang melampau lagi. Sedangkan bersin kuat sedikit pun, sakit macam nak krem perut tu. Oleh kerana itu, mummy mencari alternatif untuk mengambil pembantu rumah sementara (part time maid) untuk kemas rumah. Servis yang mummy ambil adalah dari Maideasy Part Time Maid untuk ringankan beban kemas rumah.



Puas juga mummy survey nak cari Part Time Maid untuk ringankan beban kemas rumah ini. Tak jumpa-jumpa yang berkenan. Kebanyakannya, part time maid ni... nak kene ambil dan hantar. Erm..payah lah gitu kan.

Mummy nak mudahkan kerja. Bukan nak banyakkan kerja lagi.

Rumah kotor sangat ke sampai nak kene ada pembantu part time maid ni? 

Biasalahkan, kalau kita mengemas sendiri ini. Macam tak sudah-sudah je kerja rumah. Sebab banyak sangat iklan. Kejap kang nak susukan anak, kejap lagi nak tidurkan anak. Baru buat kerja separuh, dah tinggalkan kerja tu pulak. Bila dah tinggal, lepas tu lupa pulak nak sambung. Kang dah lama terbengkalai. Jadi malas pulak ! Macam-macam alasan pula,ye !


Maideasy, Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah


Secara alternatifnya, nak cepatkan kerja. Mummy terus booking online di Maideasy.  Apa yang mummy suka dengan Maideasy ni sebab ianya menggunakan orang tempatan. Senang nak berkomunikasi dan menerangkan apa yang patut.


Maideasy - Booking Online Untuk Part Time Maid.

Mudah sangat nak cari part time maid zamn sekarang. Nak booking part time maid pun dah boleh online. Semua di hujung jari je, sekarang. Macamana nak booking part time maid? Dengan Maideasy ni senang je.

1. Menggunakan aplikasi Maideasy (muat turun play store

2. Boleh tempah secara online di SINI

3. SMS ke 0111-72205172


Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah


Confirmation akan di SMS terus nanti.

PAKEJ PILIHAN MUMMY DI MAIDEASY PART TIME MAID


Sabtu lepas, mummy ambil pakej pagi untuk 4 jam (seorang). Tapi, yang datang 2 orang part time maid. Jadi, jumlah tempoh mengemas akan jadi 2 jam.

Mummy dah daddy dah boleh agak, kerja-kerja rumah kami kalau 4 jam untuk seorang part time maid memang tak cukup !

Sangkaan kami, benar belaka. 

1 jam untuk master bedroom dan bilik air dalam master bedroom pun belum siap sepenuhnya. 

Kerja-kerja mengemas di dapur juga tak cukup dalam masa 1 jam. 

Mummy terus extended. Tambah lagi 2 jam. 

Pun sebenarnya tak cukup juga. Nampak je rumah kecil, tapi banyak nak kene buat. Rumah tingkat 8 ini, memang mudah sangat habuk singgah. 

Alhamdulillah, walaupun tak berapa nak cukup masa. Tapi, Servis ini dah cukup ringankan beban mummy utnuk buat kerja-kerja rumah.

Secara keseluruhan...mummy puas hati sangat dengan kerja-kerja pembersihan yang di jalankan oleh part time maid dari Maideasy.

Servis apa yang mereka lakukan Sabtu hari itu? 


Dapur:-
Mop dapur, lap tingkap, susun atur dapur bagi nampak kemas, kemas tempat masak, almari simpanan barang-barang dan cuci tempat masak.

Tandas:-
Cuci 2 bilk air / tandas. 1 bilik air dalam master bedroom tu agak kotor sedikit sebab kami tak pakai, kami buat tempat stor. 

Bilik tidur :-
Cuci kipas, lap tingkap, vacum, mop lantai, kemas almari make up dan susun atur bilik


Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah



Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah


Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah

Ruang tamu dan tempat makan :-
Susun atur, lap kipas, bersihkan almari dan dinding yang ada sawang, menyapu, vacum dan mop lantai.

Dan banyak lagi :) 

Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah


Nak servis lipat kain, kemas almari baju, peti ais pun boleh. Antara cukup atau tak cukup je lah masa tu,kan !

Untuk pakaian pula, mummy dah siap lipat, basuh dan sidai sendiri.

Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah
seronok kalau rumah bersih dan kemas, kan !

Secara keseluruhannya, mummy berpuas hati sangat. Really recommended. Insyaallah nak repeat lagi !


Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah

Terima kasih Tasha dan suami yang membantu kami kemas rumah dari jam 9 pagi hingga 1 petang. 

Bagi yang berminat dengan perkhidmatan ini, jangan tunggu lagi.. Cepat booking di www.maideasy.my
7 comments on "Maideasy Part Time Maid Ringankan Beban Kemas Rumah "
  1. wah..mudahnya kerja mengemas klau ada pmbantu..:)

    ReplyDelete
  2. okeh take noted,memang perlu ni terutama dalam pantang nanti hehehhe...

    ReplyDelete
  3. Bagus perkhidmatan macam ni..membuka peluang pekerjaan dan juga ruang bg mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan kan...nak plak kita kadang2 memang takde masa kemas rumah...

    ReplyDelete
  4. Bagus perkhidmatan macam ini..
    Memudahkan mereka yang berkerja dan tak berkesempatan mengemas rumah..
    Boleh buat pendapatan juga kalau rajin..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com