MENU MUDAH KAILAN MASAK LEMAK

Salam Syawal, masaih makan makanan Syawal? Mummy ada masa, masak juga makanan Syawal. Tapi, lunch ...

Salam Syawal, masaih makan makanan Syawal? Mummy ada masa, masak juga makanan Syawal. Tapi, lunch hour atau dinner hari kerja, pastiny amenu biasa-biasa je masak.  Baru-baru ini, cuba menu Kailan Masak Lemak. Nak ikutkan nak letak lemak cili api. Tapi, nak mudahkan anak pun makan sekali harung. Cili api tu, kasi patah asing.

Selalu masak Kailan Goreng Ikan masin je,kan.... Kali ini, ubah selera. Sebab anak-anak suka makanan berkuah. Dari situ lah terbitnya idea Kailan Masak Lemak. Cara masak pun mudah je.. Mummy ada dengar kawan-kawan mummy kadang-kadang tak boleh hadam resipi yang susah-susah. Jangan sedih ye. Resipi mummy senang-senang je. Insyaallah boleh hafal dalam masa beberapa saat. :)


RESIPI KAILAN MASAK LEMAK.


1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 ulas bawang putih (potong atau tumbuk)
3 ulas bawang merah (potong atau tumbuk)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1/2 inci halia (potong atau tumbuk)
Sedikit ikan bilis (belah dua)
1 ikat kailan (potong kasar)

Cili api (patah-patah - asing)

MENU MUDAH KAILAN MASAK LEMAK

CARA MASAK KAILAN MASAK LEMAK


1. Panaskan sedikit air masak (setengah cawan)
2. Masukkan santan
3. Dalam 1 minit, masukkan kesemua bahan yang di atas tadi yang dah di tumbuk atau potong halus,
4. Agak-agak didih, perasakan dengan garam.

Siap !! Cepatkan, dalam masa tak sampai 10 minit dah siap.

You Might Also Like

6 comments

  1. Tak pernah buat lagi..boleh cuba ni..masak macam ni kena ada sambal belacan kan?

    ReplyDelete
  2. Kami mmg sentiasa ada stok sambal belacan tak pun stok ikan bilis ikan masin cili api goreng. Patahkan cili apai gitu pun boleh gak :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat lagi mcm ni.. selalu kailan ikan masin jer. heheheh..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah beli dan masak kailan.. Biasa makan kailan ikan masin je di luar. Senang dan pantas betul resepi nie :)

    ReplyDelete
  5. aida biasa buat kubis masak lemak putih.
    cantik gak sesekali tukar dgn kailan...

    ReplyDelete
  6. Sedap eh kailan buat masak lemak?? Selalu sha buat tumis ikan masin je..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda