Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Salam 26 Ramadhan ! Ada yang dah balik kampung ke? Mummy bali kampung sebelah daddy minggu depan. ...

Salam 26 Ramadhan ! Ada yang dah balik kampung ke? Mummy bali kampung sebelah daddy minggu depan. Habiskan masa-masa bersama keluarga sebelah mummy sebelum raya. Cerita tentang Raya Aidilfitri. Semua orang update kisah raya dan persiapan raya, mummy pun tak nak kalah juga ! Nak juga update rambut baru untuk Aidilfitri 2016. Ahaha. Rambut raya lah sangat ye. Tapi not bad juga bila kasi try kat anak-anak. Dhia tu dah la rambut kurang. Memang ramai panggil Dhia "abang". Huhu Tak pe la nak, bertabah la ye !

Baru-baru ni kami sekeluarga dok lepak kat IOI Mall Putrajaya. Tak ada apa nak cari sebenarnya, ke sana window shopping semata dan tapau nandos je. Ops..jangan fikir lain ye. Tapau untuk buka puasa je, tu. Dok aim free ayam.

RAMBUT BARU - RAMBUT PALSU !


Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Kecik-kecik dah melaram rambut palsu ye ! Daddy punya kerja la ni. Dok bosan tengok anak meronda tempat mainan. Dok hiaskan anak-anak. Tapi, mummy tengok macam menarik je. Tapi...tak beli pun hahaha.

Dhia ni, satu peel nya tau...kalau dah jumpa tempat mainan. Memang mau 2 jam bertawaf dalam tu. Dhia akan tengok satu persatu tempat dan mainan. Semua akan explore !

Kadang-kadang minta beli. Kadang-kadang dia tengok dan main kat situ je.

Kalau tanya Dhia, Dhia nak mainan apa. Haaa....tentu Dhia akan pilih yang paling besar dan paling banyak mainan ! Set Barbie yang berharga RM200-300 pilihannya. Oh, tentunya Menteri Kewangan keluarga kita a.k.a daddy tak akan approved bab tu !

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Pandai dah selfie ! Buat muka dan tangan gitu. Baru nampak macam gegirl kan ! Rambut tocang dua.

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Test kat si Dzal pulak...haha haru ! Ops..sorry lah, kita tak puasa. Makan jajan sambil teman mummy dan daddy shopping. 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Eh..daddy pun nak rambut baru ke? hahaha. Daddy memang rajin melayan anak-anak. Memang akan join sama sekali main dengan anak-anak. 

Ok lah, korang semua ada rambut baru ke? hahaha. 

Oklah, entri saje saje je untuk hari ini. Hingga kita jumpa di lain entri. Mummy sedang gigihkan diri dan merajinkan diri siapkan entri untuk hari-hari mendatang. 

You Might Also Like

4 comments

  1. amboi sangat rambut tak nak kalah! hahahaha

    ReplyDelete
  2. comel ja rambut palsu tu...kalau warna ikut rambut dhia lagi comel

    ReplyDelete
  3. Alahai.. comelnya Dhia dengan rambut palsu tu..

    ReplyDelete
  4. Daddy pon comey...hehehee.. Kita xde rambut raya..haha

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda