Resipi Ketam Goreng Bertelur

17:01

Ketam Goreng Bertelur ni jarang-jarang mummy masak, selalu masak ketam lemak cili apai tak pun masak ketam kari goreng cili api. Bila tengok resipi Ketam Goreng Bertelur ni macam best pulak. Nampak sedap pulak Ketam Goreng Bertelur ni.

RESEPI KETAM GORENG BERTELUR



Resipi Ketam Goreng Bertelur
gambar sumber : google



Bahan-bahan Ketam Goreng Bertelur: 




  • 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
  • 3 sudu sos tiram 
  • 3 sudu sos cili 
  • 3 sudu cili yang dah kisar
  • 7 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih yang agak besar 
  • sepotong halia Setengah inci
  • sebiji telur 
  • garam 
  • sedikit gula 
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • bawang besar 
  • sedikit air asam jawa
  • Sedikit kunyit untuk di gorengkan ketam



Cara memasak Ketam Goreng Bertelur:

  1. Gorengkan ketam terlebih dahulu.
  2. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan secawan air dan air asam jawa.
  4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
  5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan ketam tadi dan telur yang dah dipukul.
  6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.


Mudah je kan?

You Might Also Like

2 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab