RESIPI MUDAH KARI KEPALA IKAN MERAH

Boring raya-raya ni makan ketupat, lemang, rendang? Jom masak resepi mudah Kari Kepala Ikan. Mummy...

Boring raya-raya ni makan ketupat, lemang, rendang? Jom masak resepi mudah Kari Kepala Ikan. Mummy paling suka Kari Kepala Ikan Merah. Tapi...tak wajib pun nak letak ikan merah ke biru ke hijau. Boleh je tukar-tukar.

RESIPI MUDAH KARI KEPALA IKAN MERAH 

RESIPI KARI KEPALA IKAN MERAH


Bahan-bahan kari kepala ikan merah

Bunga lawang, buah pala, cengkih 
1 kg kepala ikan merah
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 
30 gm serbuk kaskas (mummy tak letak)
10 gm serbuk lada putih (ni pun mummy tak letak)
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung (mummy tak makan terung..tapi kalau masak untuk mak abah..mummy letak)
1 biji tomato


Cara memasak Kari Kepala Ikan Merah:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda