Resipi Mudah Rendang Kerang

16:28


Selalu mummy buat rendang daging dan rendang ayam. kali ini cuba menu rendang kerang. Asalnya, adik mummy yang suka makan rendang kerang ini. Mudah masak dan cat siap. Cuma leceh rendang kerang ni nak kopek kulit kerang tu.

Resipi Mudah Rendang Kerang


BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK RENDANG KERANG


Bahan Kisar :-

  • Segengam cili kering (Gunting dan rebus) dan 10 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari Halia
  • Sedikit Lengkuas dalam 3 cm
  • 3 batang serai
  • Jintan manis, jintan putih dan ketumbar 1 paket kecil dalam 10 gm

  • Kerang 1 kg
  • Air Asam Jawa - 1 sudu besar asam jawa
  • Daun Kunyit (hiris halus)
  • daun limau perut hiris
  • Kerisik (2 paket kecil atau 1 paket besar)
  • Setengah biji kelapa - ambil santan
  • Sedikit gula
  • Garam 1 sudu kecil


CARA MUDAH MASAK RENDANG KERANG



Semua resepi mudah-mudah je mummy buat. Cara nak masak pun mudah je. Yang penting sodap ! hehehe 

1. Tumis semua bahan kisar hingga garing

2. Masukkan air asam jawa


3. Dah didih, masukkan kerang sehingga agak-agak empuk. Kemudian masukkan, santan kelapa.

4. Kerang dah msak atau dah empuk, masukkan kerisik dan garam. Sebatikan hingga kering.

5. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.

Siap !

You Might Also Like

6 comments

  1. suami suka makan rendang..kalau raya takde, bagi dia tak macam raya

    ReplyDelete
  2. ibu kak, kalau masak rendang ni...dia beli yg dah siap kopek kak..hahahaha...sally surrender kak kalau nak kopek..LOL

    ReplyDelete
  3. Hari ni nieyl dah raya dah mummy...Alhamdulillah...
    bila tgk rendang nie..aduhai...sedapnya...

    ReplyDelete
  4. dap nyer.
    aida xpernah merendang kerang.
    sebab, suka kerang bakar.
    sesekali makan, dap nyer...

    ReplyDelete
  5. Feveret dish umah MIL tiap kali raya..
    Suka tolong kopek kerang..
    Memang sedap..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab