Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap

Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap


Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap


Bahan-bahan Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap :-


Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap

  • Penuhkan kuali dengan minyak masak untuk menggoreng.
  • 1 sudu teh kapur makan (kapur ini yang membuatkan tempeyek ranggup. Kalau tak nak letak pun boleh)

  • 1 sudu kecil garam @ secukup rasa
  • 1/2 kilo kacang tanah (nak kurang atau nak lebih, ikut mana suka)
  • 1 bungkus tepung beras (mummy suka beli cap gajah atau cap bunga teratai)
  • 1 bungkus kecil jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar  (kisar atau tumbuk..ikut mana rasa senang)
  • 100 gram Ikan bilis - dibelah dua..mummy beli yang dah siap kopek je..senang :) (tak nak letak pun boleh)
  • 1 biji kelapa atau 2 kotak santan kecil. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air sedikit.


Cara-cara menyediakan rempeyek kacang tanah ikan bilis rangup

1. Gorengkan kacang tahan dan ketepikan.

2. Kisar semua rempah.

3. Gaul semua bahan kisar, garam, tepung dan santan. Kemudian baru masukkan santan. Kacau sebati, tambahkan santan atau air jika nampak pekat sangat.

4. Boleh goreng gunakan senduk masak bulat atau jirus terus dalam kualai yang mempunyai minyak panas. Mummy goreng letak gitu je 


5. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis masa nak menggoreng.

7. Balik balikkan, hingga nampak kuning keemasan.

8. Siap menggoreng. Toskan dulu sebelum masukkan ke dalam bekas simpanan.

Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap

Siap ! Mudah,kan !




7 comments on "Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sedap"
  1. bila nak open house, nak p beraya hehehe

    ReplyDelete
  2. bonde suka rempeyek ni...
    like 100x kalau rempeyek full ikan bilis yummy...

    tq share resepi

    ReplyDelete
  3. kak lyndaa..feveret kite ni..sedapnyaaaa..

    ReplyDelete
  4. Tengok macam senang je..nak buat tu yang bercinta rasanya...tp nak buat jugak la...
    Sebab mmg fav..letak ikan bilis tu lg sedap

    ReplyDelete
  5. Favourite saya juga! Saya sangat suka rempeyek if kacang tanah kurang sedikit berbanding ikan bilis. Ikan bilis pula jangan terlalu masin, kacau mood nak makan.

    ReplyDelete
  6. nak menggoreng depan minyak tu yang bercinta..
    Makan laju jer.. kikiki

    ReplyDelete
  7. Hi sis. Macam mana xnak bahi rempeyek berminyak masa dalam bekas? Kena tos berapa lama ye

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com