SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

SELAMAT HARI RAYA semua ! Apa khabar raya kali ini? Dah habis makan rendang ketupat dan lemang ke?...

SELAMAT HARI RAYA semua ! Apa khabar raya kali ini? Dah habis makan rendang ketupat dan lemang ke? eh,,,confident je mummy tanya, entah-entah lain menu semua, ni ! Makan apa hari ini? Haaa...........baru betul soalan ! Menu mummy seperti biasa. Memang akan makan rendang daging dan kuah kacang. Menu wajib tu, cuma kali ini beraya di rumah suami...tentunya nasi impit sahaja ! Sebab mummy tak pandai anyam daun ketupat.

Kalau beraya dengan tok mak dan tok abah memang akan ada macam-macam makanan. mak rajin sangat masak. Sampai kekadang tak sempat nak bersiap di pagi raya. Sibuk nau duduk dapur.

Beraya di Kamunting ni, faham-faham je lah kan. Mak mertua dah tak ada.. Adik beradik daddy mainkan peranan masing-masing. Ikutlah nak masak apa pun. 

Tapi, mummy dah siap masak awal-awal sebelum balik ke Kamunting. Tak la banyak mana masak. Kang masak banyak-banyak. Orang tak makan pula. Sayang je makanan terbuang gitu. Menu makanan raya versi mummy. Wajib ada rendang daging dan kuah kacang. Senang nanti, tak berebut duduk dapur. Hehehe. Maybe ada orang lain nak masak makanan raya versi sendiri ke kan ! Rendang daging versi pertama dah mummy update di SINI

Ok dah kenyang makan, dah boleh berehat dan beraya ! Oh..sebelum terlupa, mummy sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ye.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

Kad raya versi online je la ye. Memang mummy ada tempah kad raya ni. Tapi, sangatlah limited. Dah habis dah pun. Maaf ye, jika ada yang tak dapat tu. 

You Might Also Like

1 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda