Asam Laksa Mudah dan Cepat !


Hujung minggu hari tu masak Asam Laksa. Teringin lama dah nak makan Asam Laksa homemade. Kebetulan, ada yang nak datang rumah. Jadi, teruskan niat nak memasak Asam Laksa. Ada yang minta resepi Asam Laksa mummy lagi. Katanya, nak resipi Asam Laksa mummy ni. Resipi mummy memang senang hadam. Jom tengok resepi Asam Laksa mudah dan senang ni . 

Asam Laksa Mudah dan Cepat !


BAHAN-BAHAN RESIPI MUDAH ASAM LAKSA 


  • 2 kg Ikan Kembung - di rebus 
  • 5 biji Bawang Besar - dikisar
  • 3 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai Cili Kering - dikisar
  • 10 Keping Asam Keping
  • 2 Sudu besar asam jawa (bancuh dengan air, di buang bijinya)
  • 1 bungkus daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • Sedikit belacan (mummy tak letak sebab tahu , ada ramai kawan-kawan yang tak allergy belacan)
  • Sedikit garam (secukup rasa)
Bahan-bahan lain untuk di makan bersama setelah di Asam Laksa masak
  • Telur rebus
  • Salad
  • Timun
  • Bawang merah hiris
  • Cili api
  • Limau kasturi

CARA MASAK ASAM LAKSA MUDAH


1. Asingkan isi ikan di rabus kepada dua bahagia. Satu tulang sahaja dan satu lagi isi ikan sahaja. Kisarkan berasingan.

2. Tumis bahan kisar cili boh dan bawang. Masukkan air asam jawa dan asam keping bersama air secukupnya. Mummy guna dalam 3 liter air.

3. masukkan ikan yang sudah di kisar.

4. Letakkan daun kesum dan bunga kantan tadi.

5. Perasakan dengan garam. 

6. Masak hingga didih.

Siap ! Mudah kan!!


8 comments on "Asam Laksa Mudah dan Cepat !"
  1. wow sedap asam laksa ni.....mudah dan cepat pula tu

    ReplyDelete
  2. Cara Linda buat laksa macam simple je kan...tp part nak asingkan tulang ngan isi ikan tu agak renyah skit...tp akak suka je buat...

    ReplyDelete
  3. pepagi lg mata ni ditayang makanan.. apa nasib..klu dpt xpe...huhu

    ReplyDelete
  4. sodap eh nampak nyer.
    asben aida tak makan laksa beras, linda.
    tapi aida memang peminat no 1 dlm dunia!
    simple la. nampak mudah...

    ReplyDelete
  5. Mudahnya resepi sis nie.. Boleh cuba nie..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com