HARI SUKAN TADIKA ANAK-ANAK BUAH DI SEKOLAH KEB SG SEKAMAT KAJANG


Hari sukan tadika anak-anak buah telah di adakan pada hujung minggu tempoh hari. Mummy bawa Dhia dan Dzal ke Hari Sukan Tadika Bella dan Rayyan untuk kenalkan mereka dengan persekitaran sekolah dan kawan-kawan yang ramai. Bagi mummy hujung minggu bukan hari untuk perapkan anak-anak di rumah. 

Dhia dan Dzal memang susah nak keluar waktu pagi. Macam-macam alasan bila panggil mandi. Nak tengok tv lah, nak makan buah lah, nak main itu ini lah... Erm, dari sukan tadika 8 pagi...akhirnya kami sampai di Sekolah Kebangsaan Sg Sekamat jam 12 tengah hari. Pelajar tadika sedang beratur untuk mengambil hadiah.


HARI SUKAN TADIKA ANAK-ANAK BUAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SG SEKAMAT, KAJANG


HARI SUKAN TADIKA ANAK-ANAK BUAH DI SEKOLAH KEB SG SEKAMAT
Bella dan hadiahnya

HARI SUKAN TADIKA ANAK-ANAK BUAH DI SEKOLAH KEB SG SEKAMAT
Rayyan dan hadiah-hadiahnya

Rayyan paling banyak dapat hadiah. Almaklumlah dah berumur 6 tahun,kan. Lagi pun Rayyan memang seorang yang lasak, semua sukan boleh main dan sentiasa ada keinginan nak menang. Ada sesetengah orang berkata, anak yang melasak ni nakal. Tu salah tu, ye ! Anak yang aktif bagus tau. Boleh menang banyak hadiah hari sukan. 

Bella pula baru 5 tahun, banyak juga acara sukan Bella menang. Bella memang geng dengan Dhia. Nampak Dhia dan Dzal datang...terus duduk melepak sesama. Lupa dah geng tadika dia.

Dhia pula bila nak sekolah tadika? BAru 3 tahun budak tu..tahun depan 4 tahun. Tapi, daddy tak mahu sekolahkan awal. Biar Dhia puas main di zaman kecilnya. Sambil main...sambil kita ajar Dhia sedikit demi sedikit. Ikut kemampuan Dhia.

DHIA BATRISYA BACA DOA MAKAN





DHIA BATRISYA COUNTS 1,2,3






DHIA BATISYA BACA ALIF , BA, TA





5 comments on "HARI SUKAN TADIKA ANAK-ANAK BUAH DI SEKOLAH KEB SG SEKAMAT KAJANG"
  1. Singgah pagi selasa mummy...
    InsyaƁllah..aunt nieyl doakan semoga dhia terus success dan sentiasa menjadi anak yg solehah dan pelajar yang terbaik akan dtg...semangat nak belajar tu dah nampak dah tu..teruskan usaha ya....

    ReplyDelete
  2. Waa banyak nye hadiah ye.. Tahniah..

    ReplyDelete
  3. sejuk mata tengok Dhia.. ada aura :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. Tahniah ye.. semoga terus aktif bersukan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com