Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah terdengar tentang Raniaku ‘Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora danish dan Remy Ishak’? Lama mummy tak bercerita perihal cinta,kan. Entri blog ,mummy hari ini tentang kisah cinta Nora Danish dan Remy Ishak ! Bercinta ke Nora Danish dan Remy Ishak tu? Jeng..jeng..jeng..

Sebenarnya, Raniaku Kisah Dugaan dan Cinta Abadi adalah sebuah mesej yang disampaikan dalam Muzik Video terbaru dan juga produk baru teknologi DUO EMAS 24K keluaran SAFI Rania Gold kerjasama antara SAFI dan Aizat Amdan. 


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Raniaku Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora danish dan Remy Ishak

Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama RANIAKU


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.         










Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.

Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

3 produk baru SAFI RANIA GOLD dengan formulasi DUO EMAS 24K


Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:-


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

  • Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K mampu menjadikan kulit wajah lembut membantu menyerap produk seterusnya. 
  • Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K pula untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. 
  • Booster dan Penyegar SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K dapat menyegarkan dan memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya 

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.

TESTIMONI SAFI RANIA GOLD DARI NORA DANISH

 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. 

Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. 

Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. 

Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, semburan Booster dan Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati


Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. 

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Youtube SAFI di : www.youtube.com/safimalaysia

7 comments on " Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati"
  1. Product akak dpt tu pun x guna lagi..syg sgt nak guna

    Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Tersentuh tengok video2 tu..
    Kreatif sangat Aizat Amdan..

    ReplyDelete
  3. baru smpai produknyer..tak guna lagi safi rania..nnt nk try la hihi

    ReplyDelete
  4. tacingnyaaaa..nak nangisss..hhhhhheee

    ReplyDelete
  5. hai nora...ehhh silap...

    menarik...video nora dan remy ishak...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com