Resepi Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba

Anak-anak kami memang penggemar  Spaghetti. Boleh di katakan sebulan tu, berkali-kali lah mummy bu...

Anak-anak kami memang penggemar Spaghetti. Boleh di katakan sebulan tu, berkali-kali lah mummy buatkan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba untuk mereka.  Memang gen mummy bebudak ni, tau . Sebab Spaghetti  Ayam Carbonara Cheese Berherba memang makanan kegemaran mummy. 



Jom mummy kongsikan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba yang mudah buat dan sedap. Eh...sedap ke?

Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba sesuai untuk semua orang, tak kiralah bujang ke dah kahwin atau pun kanak-kanak yang boleh menggigit.

Resepi Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba 

Bahan-Bahan Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba




  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu atau di hempapkan
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • Sedikit parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar atau daging ayam fresh potong dadu atau boleh juga gunakan daging burder
  • mix herb
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Spaghetti Ayam Carbonara Cheese Berherba


1. Rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus.

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum. Masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. Kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar. Mummy suka tambah air masak.

4. Jangan lupa masukkan mixed herb dan garam kemudian gaul rata. Taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. 

5. Matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

Mudah je resepi ini,kan. 
Kalau rasa nak mudah dan senang lagi. Boleh beli sos PREGO Carbonara Cheese and Herb.


You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnyaaa...
    Tpi masa kt Aus hr tu asyik makan pasta smpai ckp kt husbeng xmau mkn pasta setahun....
    Hahahaha...
    Padahal suka ja...
    Tekak melayu la katakan

    ReplyDelete
  2. senang je nak buat dia kan...
    sedap nyaaaa....

    ReplyDelete
  3. Yeah!! jumpa cara lain pula buat carbonara..
    save dulu.. nanti nak buat..
    TQ sis..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda