SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Merdeka ! Merdeka! Merdeka ! Salam 31 Ogos dan Selamat Hari Merdeka semua ! Tahun ini adalah SehatiSejiwa untuk Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia. Kenapa SehatiSejiwa di pilih untuk tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia, ye? Ha..kalau nak tahu kene baca sampai habis entri mummy ini, ye.


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA  !


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

MAKSUD SehatiSejiwa 

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.


LOGO DAN LAGU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN2016 MALAYSIA

Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober 2016 termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Jangan lupa sertai program-program tersebut,ye ! Mummy pun tak sabar nak bawa anak-anak ke sana. Nak hidupkan semangat patriotik dalam diri mereka sejak kecil.


11 comments on "SehatiSejiwa Tema Hari Kebangsaan 2016 Malaysia"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com