Homemade Tempoyak Sedap !

16:11

Dah alang-alang musim durian, menyempat jugaklah kita buat tempoyak. Tempoyak homemade, tak perlu di ragui. Lagi pun, buat tempoyak ini...tak lah susah mana. Kenapa homemade tempoyak kami sedap?  Sebab tempoyak ini, kami buat sendiri kan. Mestilah sedap ! Siapa lagi nak puji, kalau tak diri sendiri yang puji. Kan? Hehehe Gituuuuuu.

Homemade Tempoyak Sedap ! 


Homemade Tempoyak Sedap !


Mummy suka makan tempoyak ni dengan patah-patahkan cili api, tapi daddy lain pulak. Daddy suka tempoyak ini buat sambal, buat macam sambal belacan tu. 

CARA BUAT TEMPOYAK

1. Asingkan biji durian dan isinya dengan gunakan pisau
2. Siap asing, taburkan sedikit garam dan asam keping. Ada orang suka tambah sedikit ragi. Tapi mummy tak letak.
3. Nak patahkan cili api siap-siap pun boleh.
4. Simpan dalam bekas dalam peti ais. Keluarkan bila nak makan.

Mudah je kan. Tempoyak ini, kalau nak sedap. Boleh guna durian musang king atau durian yang baik untuk jadikan tempoyak. 

Mummy pakai durian biasa je. Dalam dua-tiga hari buat. Baru makan. Sedap !

Tempoyak juga boleh di campurkan dalam gulai. Resipi gulai ber tempoyak ada di SINI



You Might Also Like

8 comments

  1. Ya Allah. Da nampak tajuk je pun boleh buat PG tahan air liuq :D

    ReplyDelete
  2. Mrs. A suka tempoyak dengan cili api yang ditumbuk ala-ala sambal pastu gaulkan adoii... taip ni pun dah terliur ngeh! ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  3. Masa arwah ibu ada, kebun pun ada lagi pokok durian,
    Memang selalu buat tempoyak nie..
    Pastu nanti buat sambal kacau dengan tempoyak nie..
    Pergh!! Ohsem giler..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah mnjejeh2 air liur kami ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  5. Lauk simple sambal tempoyak mentah, tapi makan dgn nasi panas-panas tak sedar diri jap!

    ReplyDelete
  6. Orang Perak buat tempoyak lain kan..org NS buat..x campur apa..jus letak dlm bekas kedap udara then atas sekali letak garam kasar..tutup dan simpan dlm fridge..bertahun2 tahannya

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab