KENAPA KENA LETAK NAMA SEBENAR DI FACEBOOK?

KENAPA KENA LETAK NAMA SEBENAR DI FACEBOOK? - Mummy pelik je bila kawan-kawan blogger dah mula tu...

KENAPA KENA LETAK NAMA SEBENAR DI FACEBOOK? - Mummy pelik je bila kawan-kawan blogger dah mula tukar nama di facebook. Semua tak lagi menggunakan nama samaran di facebook. Malah, kebanyakkan rakan-rakan media sosial facebook telah menggunakan nama sebenar. 

PENGGUNAAN NAMA DI FACEBOOK

Satu ketika dahulu, mummy memang menggunakan nama sebenar dalam facebook. Tapi, bila saudara mara susah nak cari. Mummy letakkan nama panggilan manja juga di facebook. Seperti nama blog ini Azlinda Alin. Alin tu panggilan manja dari keluarga rapat sahaja.


NAMA SEBENAR NAMPAK PROFESSIONAL

Kalau ikut kerja secara professional, memang seseorang itu harus gunakan nama sebenar bukan nama pena. Dari segi email, surat rasmi dan sebagainya.

Berlainan di alam maya atau media sosial. Kita menggunakan nama pena. 

Mungkin ada sebab dah asbab facebook buat begitu. Ye la...ramai facebook user sekarang ini gunakan fake account. Guna gambar orang lain dalam profile dan sebagainya.


BAHAYANYA FACEBOOK

Ramai juga yang tertipu dengan rakan facebook, kena culik, kena rompak, kena rogol, penipuan dalam perniagaan online, kutu dan sebagainya.

Untuk perniagaan dan selain urusan peribadi, boleh gunakan facebook page. 


FACEBOOK AKAN TAMATKAN AKAUN FACEBOOK JIKA :-
1. Guna nama samaran di Facebook
2. Guna jantina yang salah
3. Guna tarikh lahir yang tidak betul
4. Guna gambar profile palsu

KENAPA KENA LETAK NAMA SEBENAR DI FACEBOOK?


" Kepada sahabat2 kat FB yang hensem dan cantik lagi permai. FB sekarang tgh buat operasi bagi menghapuskan nama profile FB yang guna nama aneh2. 

Yang pakai profile nama bunga, nama pokok, nama jebon, nama kereta, nama hantu, nama lampu, nama lipas kudung dan segala jenis nama, tak lama lagi akan diblock serta merta. 

So kalo sayang networking korang, ambillah buluh runcing dan tikamlah kaki mark zakerberg. Bukan. Kalo sayang networking korang, cepat2 tukar kpd nama sebenar dan pastikan tarikh lahir betul. 

Gambar profile pun letak la muka betul. Tak ensem mcm jalaluddin hassan pun x apa janji ada muka. Haa.. dah pesan ni.. 

"Tapi, mak tak bagi tunjuk muka kat tempat umum..kau x yah main FB. Kau g tolong mak kau goreng bawang. " Hafiz Mansor

Pada awalnya, mummy beranggap hal ini adalah gurauan. Tetapi, bila ramai sifu facebook mengeluarkan peringatan yang sama.

Mummy bergegas menukarkan nama sebenar di facebook mummy. Untuk mengelakkan kekeliruan rakan-rakan di facebook. Mummy akan kekalkan gambar di facebook profile.







You Might Also Like

13 comments

  1. Singgah pagi...
    Alhamdulillah..hari ini baru masuk kerja...
    ada juga nieyl terbaca time cuti hari tu psl kena tukar nama sebenar..
    so far,nieyl still pakai nama sebenar di laman sosial :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bekerja Nieyl. Oh..bagus Nieyle..tak payah risau ttg fb kan

      Delete
  2. hee sebenarnya bagus juga mark bt camni. bg sy klu mcm akk nma azlinda alin tu still nma manusia n org kenal. tp klu letak nma mcm nama produk, jiwa gelisah, ultraman bagai tu mmg sesuai sgt kena block.. ahaha, kite nak kwn dgn manusia je, sy susah approve klu org tak pakai nma betul ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajut puye pasal heheheh tukar terus :)
      Samalah kita...akk pun malas nak approve yang pakai nama bukan2 n gambar pelik2.

      Delete
  3. Bagi orang berniaga, personal branding dan online positioning untuk wujudkan pengaruh dan kumpulkan follower.

    Sekarang ini konsep permission marketing dan tribe marketing

    Umpan dengan kaedah bercerita dan diselang seli dengan tips menarik. Ramailah yang akan minta jada rakan atau pengikut di FB

    Baik atau buruk kita juga yang tetapkan.

    Sama macam pisau dan api di dapur.

    Kalau takut luka dengan pisau dan terbakar dapur. memang tak berasap dapur di rumah :)

    ReplyDelete
  4. Baru terbaca semalam pasal ini.
    Blurrr sekejap hhaaaahaa al-maklumlah bercuti di kampung line takdo terputus dari dunia alam maya.
    Akaun individu sahaja ke atau termasuk FB Pages??

    ReplyDelete
  5. TQ for the info mummy..
    Saya pun guna nama pena supaya nampak lebih mesra.. Facebook pun utk santai2 je..
    Kalo guna nama sebenar nampak macam serius sangat je.. Nama sebenar saya pun klasik sangat..
    Huhuhu..

    ReplyDelete
  6. polisi facebook sekarang, memang macam tu dah sekarang.

    sabaq ajelah.

    ReplyDelete
  7. Ooo inilah sebabnya kena guna fullname ya.. Banyak nampak blogger up tentang nie, tapi bila nak klik baca, tak boleh akses pun ke entri blog mereka, penuh iklan..

    ReplyDelete
  8. Sha tukar nama sebelum keluar kenyataan ini..
    sebelum ini guna nama anak2.. Kawan2 selalu keliru..
    tu yang guna nama Sha..

    ReplyDelete
  9. nasib baik dah guna nama sebenar lagi penuh sepenuhnya sejak era friendster dan bermulanya era facebook...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda