Movie Train To Busan Best Tak Bosan !

Minggu lepas mummy sempat menonton movie Train to Busan . Gara-gara terpengaruh iklan dan kawan-...


Minggu lepas mummy sempat menonton movie Train to Busan. Gara-gara terpengaruh iklan dan kawan-kawan yang dah tengok movie Train to Busan juga lah ni. Mummy tak pasti cerita ini adalah jiwa mummy atau pun tidak. Tak pe lah...mummy cuba beranikan diri beli tiket dan tengok movie Train to Busan.

Train To Busan, Tak Bosan?

Kebetulan Jumaat lepas, bos lepaskan kami semua balik awal dalam jam 4 petang. Mummy terus zassss ke TGV Cheras Selatan untuk menonton Train To Busan. Tengok sengsorang pun boleh je ! Mummy sampai agak lewat, sebab banyak tempat persinggahan. Kira-kira jam 4.30 petang mummy sampai ke kaunter TGV Cheras Selatan.

Movie Train To Busan Best Tak Bosan !

Mummy bernasib baik nampaknya, movie Train to Busan bermula jam 4.15 petang. Ngam-ngam iklan-iklan tu habis. Dapatlah mummy tonton movie Train to Busan dari awal.

Sinopsis Train to Busan

Movie Train To Busan Best Tak Bosan !


Movie Train to Busan ini mengisahkan seorang bapa (Seo-Woo hero yang tak berapa hero...nanti mummy cerita di penghujung kisahnya) duda yang emmpunyai seorang anak (Soo-Ann). Agak gila kerja, sehingga terlupa segala janji-janjinya dengan anak lelakinya.

Akhirnya, Seo Woo tunaikan janjinya untuk membawa anak lelakinya, Soo-Ann ke Busan. 

Dalam perjalanan ke train to Busan. Ada beberapa kejadian aneh berlalu. Apabila seorang wanita yang telah di jangkiti satu virus menaiki train to Busan itu.

Wanita yang terkena virus itu menjadi zombie. Merasuk dari satu orang ke satu orang. Satu gerabak ke satui gerabak.

Macam mana nak selamatkan diri sendiri? Selamatkan anak sendiri? Dan..dan waktu ini, mummy teringat kat anak-anak !

Movie Train To Busan Best Tak Bosan !
Sedih...lelaki gangster ini penyayang sangat. Sanggup berkorban demi isteri dan anak dalam kandungan 

Movie Train To Busan Best Tak Bosan !
geng pelajar..semangat setia kawan mereka dalam diri masing-masing


Movie Train To Busan Best Tak Bosan !
lelaki tua yang pentingkan diri sendiri.


Dalam train to Busan tu, ada pelbagai jenis latar belakang manusia. Ada yang warga emas, ada yang kurang siuman, ada pelajar, ibu mengandung, gangster dan banyak lagi.

Bermulalah episod menyelamatkan diri, pentingkan diri sendiri, sedih, ada yang sanggup berkorban demi yang tersayang dan macam-macam emosi datang !


Review Train To Busan

Train to Busan memang tak bosan ! Mummy yang duduk dalam tu, sekejap menangis, sekejap gembira, sekejap terkejut dan takut pun ada.

Semua babak dalam train to Busan ini, best sangat ! Memang terkejut-terkejut scene nya. Tapi tetap best !

Jalan ceritanya, membuatkan mummy tak sabar menanti apa yang akan jadi selepas ini.

Sentiasa tertanya-tanya..macamana nak selamatkan diri. Apa next action?

Tapi... tetiba takut pulak nak pi Korea hahahaha.

Rating Train To Busan

Oleh kerana mummy suka cerita ini, mummy berikan 4.5 bintang untuk train to Busan. Yang tak tengok lagi. Pi la tengok ! Kalau ada masa lapang mummy memilih tengok di wayang. Sebab lebih fokus. Nak lagi fokus, pi dengan suami atau sengsorang. Oleh kerana hari kerja. Daddy kerja. Mummy pi sorang-sorang je tengok train to Busan :)

Yang dah tengok Train To Busan. Berapa bintang korang bagi ? 




You Might Also Like

9 comments

  1. macam syok...bila gaknya dapat tengok ni...

    ReplyDelete
  2. nieyl belum berkesempatan lagi nak pegi tgk...

    ReplyDelete
  3. tak sempat lagi nak dload nak cter ni..nak tengok jugak..

    ReplyDelete
  4. Macam best jer. Nak cari DVD lah nanti.

    ReplyDelete
  5. Tgok trailer nampak mcm best...masih blom pi tgok .xde sapa nak teman...

    ReplyDelete
  6. Weekend ni baru nak layaaan. Hehehe :D

    ReplyDelete
  7. dah tengok dah.. ending dia kalau dia tunjuk apa jadi dkt pompuan tu dgn budak tu mesti lg bagus..

    tpi yg xbeznye org duk menjerit2 dalam pawagam.. bukan citer antu un.. ni mesti bawah umur terlepas masuk ni.. -.-

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda