Nasi Beriani Johor Hidangan Raya

Nasi Beriani Johor Hidangan RayaSalam Aidiladha 1437H , Selamat Hari Raya Korban 2016. Allah sedap sungguh dengar takbir. Last takbir berkumandang pada hari ini kan. Cerita bab raya ni, kali ini mummy beraya rumah mak mummy sendiri di Subang. Walaupun mak abah asal dari Johor. Kami tak berkesempatan nak ke Johor. Dapat pekena makanan Johor Nasi Beriani Johor Hidangan Raya pun boleh terubat rindu !

Kali ini, menu raya haji kami ada makanan Johor. Iaitu Nasi Beriani Johor. Ramai yang tanya resipi Nasi Beriani Johor kami. Kalau google pastinya banyak resipi Nasi Beriani Johor. Tapi, cara kami masak lain. Rempah pun beli dari Batu Pahat, Johor. Pernah beli rempah tempat lain. Tapi...tak datang rasanya......

Nasi Beriani Johor Hidangan Raya

Mummy lawankan Nasi Beriyani Johor dengan Daging Beriyani Johor berserta Penchok Nenas Timun dan ayam goreng je pada 1 Aidiladha.

Untuk resepi, boleh tengok di bawah.

Nasi Beriyani Johor Hidangan Raya


DAGING MASAK BERIANI JOHOR

  
Bahan-bahan untuk Daging Beriani Johor

  • 1 kilo daging batang pinang - potong agak-agak dalam 4cm
  • 5 biji kentang - belah dua
  • Setengah cawan ghee / minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 biji bawang besar -  hiris
  • 5 ulas bawang putih -  kisar
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 6 sudu makan pes rempah beriani dari Johor
  • Segenggam gajus
  • Segenggam kismis
  • Air secukupnya
  • Perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas dan biarkan 15 minit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 atau 2 sudu makan tomato puri
  • Kerisik 


CARA MASAK DAGING BERIANI JOHOR

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
2.Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis dan bahan rempah ratus) hingga naik bau.
3. Masukkan pes beriyani dan hingga naik minyak.
4. Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes.
5. Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air. Tingginya 1 inci atas paras daging dan kentang.
6.Biarkan ia merenih, bila daging dah empuk. 
7. Masukkan tomato puri, kerisik dan air limau
8. Biarkan ia merenih sebentar
9. Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa
10. Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
11. Masak hingga daging mesra.

NASI BERIANI JOHOR


Bahan-bahan untuk Nasi Beriyani Johor

  • 5 cawan beras basmathi
  • 1 cawan ghee / minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 10 ulas bawang merah ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus
  • 3 sudu makan pes rempah beriyani dari Johor
  • segenggam gajus
  • segenggam kismis
  • 5 cawan air
  • garam secukup rasa
  • daun pandan
  • daun pudina
  • pewarna kuning dan merah


CARA MASAK NASI BERIANI JOHOR
  1. Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
  2. Pnaskan rice cooker dan masukkan ghee.
  3. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum dalam rice cooker sebentar.
  4. Masukkan rempah beriani Johor, daun pudina dan daun pandan. Biar sehingga naik bau
  5. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
  6. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
  7. Teruskan masak dalam rice cooker. 
  8. Agak-agak dah nak masak, letakkan sedikit pewarna kuning merah. kacau nasi rata.
Peminat Nasi Beriani Johor dan Daging Beriani Johor. Boleh cuba resipi ini juga..

Nak tokok tambah bahan pun tak ada masalah. Ikut selera masing-masing :)

8 comments on "Nasi Beriani Johor Hidangan Raya"
  1. Jangan boring ya mummy...
    baca komen nieyl je..hahaha...
    ini entry yang ke-3 nieyl komen untuk pagi ini sahaja..huhu...
    sedapnya...nieyl x penah lagi try masak nasi beriyani nie...
    teringin juga la nak try buat..InsyaƁllah..coming soon...
    simpan dlu resepi mummy ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boring pun dear....suka lgi adalah hehehe. Tq tau rajin komen blog yg tak seebrapa ni.

      Jgn lupa utk try tau resepi ini hehehe..

      Delete
  2. Tudia...sekali dia lempar beriyani....akak x pandai masak beriyani...mkn pandai...

    ReplyDelete
  3. Sedapnye nasi beriani..
    suka sangat kalau lauknya daging..

    ReplyDelete
  4. perghhh.. nasi berani johor tetap terbaik boh.. boleh buat nanti. tq dear for d recipe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com