Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

13:57

"Mak Kata, Saya Anak Bijak", Mak mana nak jadikan anaknya seorang yang kurang bijak dan kurang pandai. Betul,tak? Semua mak yang ada di dunia ini , mahukan anak yang bijak pandai. Teringat pula mummy, zaman kecil-kecil dahulu,"Mak Kata, Saya Anak Bijak". "bijaknya, kamu" inilah pujian yang mak berikan setiap kali mummy pandai buat sesuatu mengikut arahannya. Kini, giliran Mummy untuk terapkan kembali aktiviti itu pada anak-anak (Dhia dan Dzal). Berkata begitu bukan memuji, tapi satu DOA untuk anak kita.


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"


MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK 

Apakah pesanan mak pada kami dulu-dulu ye? Mummy pun ingat-ingat lupa dah. Yang pastinya, pesanan mak dulu memberikan seribu makna buat mummy. 

Haaa.... Ada yang masih ingat pesanan mak dulu-dulu zaman korang kecil? Mummy nak throwback pesanan dan larangan mak masa mummy kecil dulu. 

Antara pesanan dan larangan mak pada mummy dan adik beradik waktu kami masa kecil ialah :-

  • Pakai selipar atau kasut bila keluar rumah
  • Jangan menyampuk bila orang tua bersembang
  • Basuh kaki sebelum tidur
  • Jangan buat penyapu sebagai mainan dan pukul dengan penyapu
  • Jangan makan dan minum dengan pinggan atau cawan yang sumbing
  • Mak berikan masa kami bermain
  • Kene tidur bila sampai waktu !
  • Melayan cerita fantasi kami
  • Bawa bermain air
  • Bermain dengan aktiviti seni seperti bermain dengan tanah liat, warna air, melukis, gunting kertas & sebagainya
  • Marah tu boleh, tapi jangan tengking.


Dan, sebenarnya ada banyak lagi pesanan dan larangan mak pada kami. 

Kenapa mak banyak melarang, ye? Kenapa itu.. tak boleh buat, ini..tak boleh buat? Hrmmm......


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"


SEKARANG PRAKTIKKAN PADA ANAK : MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK 

Kini setelah bergelar seorang mummy, giliran mummy pula pratikkan pesanan dan ajaran mak dulu kepada nak mummy.


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

Semasa kecil dahulu, memang mummy akui. Kadang-kadang sifat memberontak tu datang juga. Ye lah kan, semua benda tak boleh buat. Banyak sungguh larangan mak. Mak tak sayang saya, ke?

Bila sudah besar dan menjadi mummy, baru mummy faham makna setiap pesanan  dan larangan mak dahulu kata.


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"
  • Pakai selipar atau kasut bila keluar rumah
Jika keluar rumah tanpa berselipar atau kasut. Kalau kami tak kene jerit...pastinya kami adik-beradik kene rotan di bahagian tapak kaki.

Bila sudah besar, baru mummy faham pesanan mak itu. Kasut dan selipar amat penting jika keluar rumah, kita tak tahu ada batu tajam, kaca atau bahan merbahaya di luar sana. Jika terpijak, mungkin boleh luka dan bahaya pada kesihatan.

  • Jangan menyampuk bila orang tua bersembang
Yang ni, paling best ! Seronok tengok mak menyembang bersama-sama jiran tetangga. Terlampau seronok dengar, terus menyampuk. SUdahnya memang kene marah lepas tu.

Kenapa tak boleh menyampuk, ye? Mak kata, nak menyampuk atau bersembang bersama-sama orang tua kene beradap. Bukan terus menyampuk. 

Oh, begitu rupanya. Baru mummy faham. Pengajarannya, bila sudah besar. Kita akan lebih beradab atau respek dengan orang yang lebih tua.


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"
  • Basuh kaki sebelum tidur
Kenapa kene basuh kaki sebelum tidur? Dah malam, sejuk pulak tu..nak basuh kaki nanti, bertambah sejuk jadinya nanti.

Itulah pertanyaan mummy pada waktu kecil dahulu ! Mak kata, "kamu sudah main merata tempat, kaki kamu tu belum tentu lagi bersih. Kene basuh kaki sebelum naik katil, supaya katil kamu tak di cemari dengan kotoran yang ada pada kaki. Penyakit juga dapat di elakkan. Selain itu, kebersihan itu melambangkan keimanan"

  • Jangan buat penyapu sebagai mainan dan pukul dengan penyapu
Orang tua-tua kata main atau pukul-pukul dengan penyapu ini boleh membawa sial. Tapi, belum ada fakta kukuh sial sebagaimana yang di maksudkan itu. Tapi, mak memang tak bagi kami main penyapu buat pukul adik beradik.

Kecil-kecil dulu nampak penyapu, nampak seronok je. Anak kami pun pantang nampak penyapu, sentiasa nak sapu sahaja.

Mak kata, penyapu ini menyapu kotoran dan habuk. Jika terkena budak kecil. Mungkin boleh kene gatal-gatal, batuk atau selsema. Budak-budak ini, ketahanan tahan penyakit dalam badan belum kuat lagi. Silap-silap boleh kene asma.
  • Jangan makan atau minum dengan pinggan mangkuk yang sumbing atau sudah pecah
Mak cukup marah kalau kami gunakan pinggan mangkuk atau cawan yang sumbing atau pecah. 

Bukan mak tak sayang nak marah-marah kami. Sebenarnya, mak sayangkan kami. Mak kata, jika kami gunakan pinggan, mangkuk atau cawan yang sumbing atau pecah. Ianya boleh lukakan mulut kami. Kemungkinan juga serpihan itu akan termasuk dalam makanan dan minuman. Dah tentu bahaya, kan?

Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

  • Mak  berikan masa untuk kami bermain
Zaman waktu kecil yang paling seronok ialah bila dapat bermain. Mak memang bagi bermain. Bermain sebenarnya
  • Kene tidur !

Mak kata lagi, tidur yang cukup amat penting untuk kami. Tidur yang cukup mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti hypertension, obesiti, diabetes dan masalah mental. Tempoh tidur yang cukup mempengaruhi kesihatan am, daya metabolisma, kesihatan mental, fungsi imun, pertumbuhan dan prestasi selepas tidur.

Tidur yang cukup untuk anak kami, Dzal Aidi Fiqry berumur 2 tahun ialah selama 11 hingga 14 jam. Manakala, Dhia Batrisya yang berumur 3 tahun pula memerlukan 10 hingga 13 jam sehari.


  • Melayan cerita fantasi kami

Masih ingat lagi, kecil-kecil dulu.. mak selalu melayan cerita kami dan fantasi kami. Main masak sama-sama, main anak patung sama-sama. Rupanya, bermain dan berimaginasi ini dapat tingkatkan IQ anak kecil. Kini, mummy ulang kembali perkara ini pada anak-anak kami.


  • Bawa bermain air



Rumah kami semasa kecil dulu. Tiada kolam renang mahupun pantai. Sebulan sekali, mak kan bawa kami ke pantai untuk bermain air dan pasir. Zaman kecil, kami tahu berseronok sahaja untuk bermain pasir dan air pantai.




Sebenarnya, bermain pasir dan air adalah bagus untuk sistem motorik dan sensorik anak-anak kecil.



  • Bermain dengan aktiviti seni seperti bermain dengan tanah liat, warna air, melukis dan gunting kertas .




Mak juga sering mengajak kami bermain dengan aktiviti seni seperti bermain dengan tanah liat, warna air, melukis dan gunting kertas.






Selain aktiviti seni, ianya juga adalah aktiviti merangsang otak anak-anak kecil supaya lebih kretif.


  • Marah tu boleh, tapi jangan tengking.

Tak pernah kena marah? Tipu lah kot. Kalau tak pernah kene marah. Tapi, mak bukan marah kami dengan cara tengking-tengking. Mak marah bersebab dan menggunakan cara yang betul.

Sampai sekarang mak tak bagi mummy marah cucunya dengan cara menengking. Mak kata, nanti anak cepat melawan dan semakin memberontak.

PESANAN MAK DAN LARANGAN MAK


Setiap larangan mak, waktu zaman kami kecil dahulu. Sebenarnya, bukan mak tak sayangkan kami. Sebab sayang, mak melarang dan memberikan pesanan pada kami.

Setiap larangan mak, penuh makna yang bermakna. Di mana waktu kecil dahulu, kami belum faham maksud mak itu.

Kini, masanya mummy praktikkan pada anak-anak. Dengan harapan mereka dapat membesar dengan sihat dan bijak.







Untuk menjadikan anak besar sihat dan bijak, sebenarnya makanan dan minuman juga mempengaruhi anak kuat.


DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN BANTU MENJADIKAN ANAK BIJAK.


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

Selain pesanan di atas, mak juga pernah berpesan, nak jadi anak yang bijak. Harus kene ada pemakanan yang seimbang. Pemakanan dan minuman yang sihat dan seimbang mampu jadikan anak-anak kita bijak. Dutch Lady 4-Langkah Nutri Plan mengandungi 5X DHA sangat membantu tumbesaran untuk anak kecil.

Perkembangan ini ditunjukkan dalam tahap-tahap kebijaksaan yang berbeza. Bermula dengan semangat ingin tahu (CURIOUS) yang mendalam, kemudian mula meneroka persekitaran mereka (EXPLORE). Seterusnya mereka membina (CREATE) sesuatu berpandukan imiginasi dan apabila mereka memasuki alam persekolahan tumpuan diberi untuk belajar (LEARN).


Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"

CURIOUS
Susu Dutch Lady tahap 1 untuk anak berumur 1-2 tahun. Mereka mula memerhati, mengutip benda, bermain dan menunjuk sesuatu. Salah satu deria penting untuk aktiviti-aktiviti ini ialah Penglihatan. Perkembangan otak juga adalah penting pada fasa ini di mana mereka mula belajar dan mengingati apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.

EXPLORE
Pada usia 2-4 tahun pula, mereka akan merasa dan menyentuh segalanya berulang kali. Perbuatan ini akan mencabar ketahanan semula jadi badan mereka. Perkembangan otak sangat penting pada fasa ini di mana mereka mula mengaplikasikan apa yang telah dipelajari daripada persekitaran merek

CREATE
Kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun, kreativiti adalah satu cara penyelesaian masalah dan memerlukan penyesuaian serta permikiran fleksibel. Perkembangan otak sangat penting pada fasa ini di mana kanak-kanak belajar menghafal dan membuat perbandingan.

LEARN
Anak yang berusia 6 tahun ke atas pula, kanak-kanak belajar tentang kepentingan sosial dan kemahiran lisan. Nutrien-nutrien khusus penting untuk perkembangan dan tumbesaran menyeluruh kanak-kanak supaya mereka boleh terus belajar dan berkembang.

Sumber: Dutch Lady

Maka bagi memastikan anak kami membesar dengan sempurna, mummy memilih Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA baharu. Ianya dirumus khas untuk menyokong 4 tahap kebijaksaan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry .

Scha Alyahya juga setuju, bahawa Dutch Lady 4 tahap nutrisi plan ini menjadikan anaknya, Lara Alara semakin hari, semakin bijak !



Peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak"


PERADUAN Dutch Lady "MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK" DAN TEA PARTY BERSAMA LARA ALANA


Dan, yang terakhir sekali mummy nak ajak semua pembaca-pembaca mummy sertai peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" 

Boleh menangi wang tunai mahu pun minum petang bersama Lara Alara (anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya). 

Cara untuk menyertainya mudah sahaja :-

a)   Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g)

b)   Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my)

c)   Masukkan petikan “Mak Kata” kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat pintar si manja anda.

d)   Klik ‘HANTAR’!



Jom sertai peraduan Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak". Peraduan yang bermula dari 1 Ogos 2016 sehingga 30 September 2016. Ada 250 hadiah untuk di menangi,tau !



You Might Also Like

5 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab