Resepi Mudah Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai !

Selamat petang semua. Menu mudah ringkas yang mummy masak baru-baru ini ialah Ayam Goreng Kunyit a...

Selamat petang semua. Menu mudah ringkas yang mummy masak baru-baru ini ialah Ayam Goreng Kunyit ala kedai. Ada masa..mummy ini malas sangat masak. Kalau dah timbul malas masak tu gamaknya kene masak menu mudah la. Daddy balik kerja tanya,"beli ke lauk tu?" Hahaha beli katanya. Masak ler ! Tu yang mummy terus namakan Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai

Kebetulan isi ayam masih ada dalam peti sejuk, kacang panjang dan karot pun ada stok. Apa lagi... zas masak. Tapi, mummy tak bubuh cili sebab anak-anak nak makan. 

Cili api bubuh asing, untuk mummy makan sekali dengan Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai ini.

AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI


RESEPI MUDAH AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI

RESEPI MUDAH AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI


Menu pejam mata....campak-campak..siap ! 
20 gm isi ayam potong kecil
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
3 batang kacang panjang (potong panjang dalam 4cm)
Suku batang karot (potong halus)
1 sudu kunyit
Setengah sudu garam
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

CARA MASAK AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI


1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan kunyit
2. Gorengkan dalam minyak yang panas.
3. Tunggu ayam kuning keemasan dan garing.
4. Masukkan bahan-bahan lain kacang panjang, karot dan bawang besar.
5. Dalam beberapa minit, angkat dan boleh di hidangkan.

Mudah,kan. Selamat mencuba !




You Might Also Like

8 comments

  1. Selalu gak buat kalo isi ayam lebih buat masak gini dgn buttermilk. Baru isi ayam abis. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asben xsuka butter..kita suka je hehehe

      Delete
    2. Asben xsuka butter..kita suka je hehehe

      Delete
  2. Dapnya..tp akak x suka daging ayam

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda