Resepi Mudah Laksa Johor

Salam Zulhijjah, banyak mummy makan bulan ini. Korang macamana? Mummy suka sangat dengan Laksa Joh...

Salam Zulhijjah, banyak mummy makan bulan ini. Korang macamana? Mummy suka sangat dengan Laksa Johor. Cuti panjang, sempat pekena Laksa Johor masak sendiri. Laksa Johor ini, mudah tapi rumit sedikit penyediaannya. Laksa Johor paling best sebab penuh ulam-ulaman. Nak awet muda katanya hehehe.

Selalunya Laksa Johor masak dengan Spaghetti, kali ini..mummy guna kan mee laksa je. Sebab nak cepat penyediaan laksa Johor.

Jom tengok resepi mudah Laksa Johor.  




Resepi Mudah Laksa Johor

1 ekor Ikan Parang sederhana besar (rebus, asingkan tulang dan blender)

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rebus hingga lembut


  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar ketumbar
  • Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 keping asam keping
  • 1 biji santan pekat 
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
  • 1 batang serai ~ di titik 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis 

Bahan Ulam :-
  • Timun ~ buang empulur tengah dan hiris halus bulat
  • Bawang besar ~ hiris halus bulat
  • Taugeh
  • Kacang panjang ~ hiris halus
  • Limau kasturi
  • Lobak Asin 
  • Cili Api

Cara Masak Laksa Johor

1. Tumis cili kisar bersama bahan kisar dengan minyak masak.
2. Masukkan sedikit air dalam 2 cawan sehingga didih
3. Letakkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. Kecuali santan dan garam.
4. Nampak dah pekat, masukkan santan dan garam.

Siap, boleh makan dengan mee laksa dan taburkan dengan ulam-ulaman. Mummy tak suka bawang hiris, lain-lain mummy suka.

Ada juga suka letak daun selasih dan daun kesum di hiris.Boleh di tambah tolak juga. Ikut kesesuaian minat kita.

Selamat mencuba

You Might Also Like

7 comments

  1. Mudah je nak buatnya.. Saya suka laksa johor nie sebab guna spagethi..

    ReplyDelete
  2. wah, rajinnya :D nanti nak trylah :D

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  3. tak penah lagi rasa laksa johor..nanti nak try buat laaa..

    ReplyDelete
  4. macam senanggggg je boleh cuba ni heheheh

    ReplyDelete
  5. Nampak macam senang..biasa yg akak makan versi spaghetti..ok nanti blwh cuba ni...

    ReplyDelete
  6. kalau buat mesti takda siapa makan..husband cerewet..hehee

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda