REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

Sempatkan diri menonton wayang SULLY (disebut sebagai Sa-li) baru-baru ini, dengan siapa ? Mummy tonton sorang-sorang je. Mummy memang seorang yang independent sedikit. Bukan sejenis manja tak bertempat dengan suami yang tiap masa nak minta asben teman, asben hantarkan ke sana sini. Kalau asben free, tak pe. Dia pun ada kerja, mencari rezeki untuk anak bini. Nak tahu best ke tidak wayang SULLY. Jom baca review movie SULLY dari mummy.

Asalnya, tak ada niat pun nak tengok wayang. Balik dari shopping baju anak dan asben. Terus laju je kaki ini melangkah ke GSC.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR


Sampai di GSC IOI Mall terus mummy ke kaunter dan bertanya, "Cerita apa yang best sedang jalan waktu sekarang?". " Movie SULLY kak, sekarang tengah iklan...cerita ni best kisah kapal terbang ". Mummy terus setuju, kebetulan tak lama lagi.  Mummy, daddy dan anak-anak nak naik kapal terbang.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
gambar sumber google

SINOPSIS FILEM SULLY (disebut sebagai Sa-li) 

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
 gambar sumber google

Filem Sully merupakan kisah benar dari Amerika yang menceritakan tentang Kapten Sully Sullenberger. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2009. Kapten telah membawa kapal terbang United States Airlines Airbus A320.

Kapal terbang ini telah melanggar sekumpulan burung. Sebagai akibat, enjin kapal terbang itu rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kapten Sully meminta nasihat dari pusat kawalan untuk mendarat di kawasan terdekat. Tetapi, Kapten Sully menukar plan nya untuk mendarat di atas air di sungai di Hudson.


gambar sumber google

Kapten Sully berjaya menyelamatkan sebanyak 155 orang penumpang Airbus US. Semua penduduk anggap Kapten Sully sebagai hero.

Sebab tak pernah ada lagi kapal terbang yang selamat mendarat di atas air.

Walaupun Kapten Sully berjaya menyelamatkan banyak nyawa, tapi banyak pihak yang mempertikaikan tindakan dia. Pihak atasan menganggap Kapten SUlly ada agenda lain. Sedangkan mengikut simulasi, kapal terbang itu boleh mendarat di lapangan terbang yang terdekat.

Tindakan Kapten Sully telah menjadi siasatan dari pegawai penyiasatan. 



Saat ini, mendebarkankan. Ada tekanan dari keluarga kerana dah kesempitan kewangan untuk perbelanjaan, membayar pembiayaan rumah, dan lain-lain. 

Sedangkan Kapten Sully pula di gantungkan kerja hingga selesai penyiasatan.


REVIEW FILEM SULLY


Pada pendapat mummy, jalan cerita ini agak slow. Tapi, mudah untuk di hayati. Efek dan jalan ceritanya mummy suka sangat. Nampak real.

Movie Sully ini sebenarnya lebih kepada pengajaran. Walaupun Kapten Sully berpengalaman 40 dalam dunia penerbangan dan telah berjaya menyelamatkan nyawa orang.

Tindakan beliau masih tidak dapat memuaskan hati. Pelbagai pihak mencari kesalahannya kerana percayakan kepada simulasi kapal terbang.

Begitu juga dengan kita, betapa baiknya kita. Betapa ikhlas dan murni hati kita. Tapi, ada sahaja pihak yang suka pertikaikan. Betul, tak?

Apapun, jika kita di jalan yang benar. Jangan khuatir. Teruskan dengan kebenaran yang ada.

BINTANG untuk SULLY
Oleh kerana cerita ini best bagi mummy. Mummy berikan 4 bintang untuk cerita ini ! 


TENTANG MOVIE SULLY


PENGARAH: Clint Eastwood
PELAKON: Tom Hanks, Aaron Eckhart, Laura Linney, Anna Gunn, Mike O’Malley dan Max Adler
GENRE: Drama
DURASI: 96 minit
PENGEDAR: Warner Bros. Pictures
TARIKH TAYANGAN: Bermula 8 September 2016



4 comments on " REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR"
  1. nieyl ada tgk iklan dia...
    memula macam pelik,xkan langgar burung boleh rosak teruk..
    so,asben kata nak tahu,pegi tgk..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tgk barisan pelokon mcm menarik.
    pasti menarik.
    selalu nyer kisah benar ni kita kena hayati bebetul.
    bukan sesuatu yg direka kan?

    ReplyDelete
  3. waa mcm best je citer ni. boleh nk g tgk nnti law ada masa... hehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com