Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

Baru-baru ini, mummy pergi Kuantan Pahang. Sempatlah terjah ke Cherating yang bersempadan dengan Kemaman, Terengganu. Tak jauh mana pun.. dalam 20-30KM perjalanan dari Kuantan ke Cherating. Dah alang-alang kan...kalau tak singgah, rasa rugi pula.

Mummy dari dulu suka satar di kawasan Shell, Cherating (sempadan Kemaman, Terengganu). Terus rekemen dengan tok abah dan tok mak bebudak ini. Mereka setuju nak jalan-jalan cari makan di sana. Alhamdulillah.

Banyak berubah dah kawasan Cherating ini...mummy ingatkan mummy dah salah jalan. 

Mencari petrol stesen Shell tak jumpa-jumpa. Risau juga..kalau-kalau Shell Cherating ini dah tutup. Dok jalan terus je..kang alih-alih sampai Terengganu pula.




Alhamdulillah sampai dah.. Jumpa pun, deretan kedai yang menjual keropok lekor dan satar. 

Ada banyak gerai keropok dan satar yang ada di sekeliling Cherating sempadan Kemaman, Terengganu ini.

Tak tahu nak pilih gerai mana satu, main terjah je gerai Aziz Satar. Tak salah pilihan rupanya....Sedap satarnya ! 

Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !


Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

Satar dan keropok lekor goreng Cherating Aziz Satar ini menjadi santapan menu lunch kami. Bungkus dan terus makan dalam kereta. 

Tak boleh nak berhenti lama sangat. Takut lewat sampai rumah nanti. Esok dah Isnin. Nak kene kerja ! Tok abah pula nak ambil budak-budak sekolah.


Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

Satar Aziz Satar Cherating ini penuh dengan isi ikan yang putih dan fresh, ada cili api yang pedas juga.. perghhhhhhhhhhh. 

Tak pandang kiri kanan makan dalam kereta. Tahu-tahu... sebungkus habis. 

Tak cukup nak bawa balik Kajang. 

Terpaksa, beli dan tambah lagi satar untuk bawa pulang ke rumah. Boleh la daddy bebudak ni buat rasa...

Eh..terasa rindu satar ni, mana nak dapat satar sedap kat Kajang ye?
4 comments on "Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !"
  1. tempat pebret amy & family steep kali ke Cherating, sure akn lajak kesini..mencari satar & pais ikannye..
    sedap kan!!!

    ReplyDelete
  2. Sedap!! Pernah makan sekali je.. memang sedap walaupun siqah tak suka sangat makan satar..

    ReplyDelete
  3. Terliur..akak suka Satar trengganu

    ReplyDelete
  4. rasanya kedai aziz satar yang serupa ada satu lagi di pantai kemaman,tersorok sikit ke dalam menuju pantai mak nik. memang penuh dengan pelancong. pais dia pun sedap...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com